Sunday, November 14

Cinta Oh Cinta!!!

Baru-baru nie aku diminta untuk berjumpa dengan beberapa orang pelajar,isunya adalah berkaitan percintaan (sebagaimana yg dimaklumkan oleh pihak atasan). Nampak isunya biasa saja tetapi kesannya agak hebat hingga membabitkan banyak pihak. Teringat dulu zaman sekolah, gara-gara takut mak bapak marah dan taknak dipanggil "cinta monyet" semua surat dan salam tak dilayan. Walaupun minat kat seseorang terpaksa pendam jer hahahah....
Hanya sekali jer dapat surat motivasi dari abang senior merangkap abg angkat ketika itu dia di Universiti dan aku di tingkatan 3, tetapi malangnya surat yang dipos ke sekolah telah diambil oleh Ketua Warden dan dibaca depan2,then terus diambilnya. (Tapisan pihak sekolah) Pucat lesi muka, sedangkan surat tu hanya mengandungi nasihat dan motivasi hahaha...

Zaman dah berubah, pelajar ku lebih ekstrim lagi.So aku nak share sikit apa itu cinta melalui pembacaan buku "Membina Syurga Cinta" yang ditulis oleh Sarip Adul (pensyarah merangkap Abi, terima kasih Abi dan Ummi serta adik2 , kerana telah mengajarku erti kehidupan)

Cinta menjadikan dua hati bersatu. Manusia ketawa dan bahagia kerana cinta sementara kehilangannya menyebabkan manusia menangis dan kecewa.

Menjadikan nafsu sebagai landasan cinta hanya akan berakhir dengan penyesalan dan tangisan,malah mengundang penderitaan yang berpanjangan.Cinta berahi ini adalah hanya mainan syaitan, kata-kata syg dan rindu dilafazkan di bawah pohon rimbun dan cahaya bulan dalam keadaan berdua-duaan. Pihak ketiga yang menjadi saksi cinta itu ialah syaitan. Hanya sang Teruna meminta dibuktikan rasa sayang kepadanya, sanggup sang Dara menyerah segalanya. Tetapi sayang habis madu, sepah dibuang. Akhirnya sang Dara dah kehilangan dara, menyesal pun tak bererti lagi...

Cinta yang sebenar adalah;
Dihadapan wali, bersaksikan mahar dan dua saksi dengan restu sang wali sang Teruna mengisytiharkan kepada dunia bahawa"Wahai gadis,aku mencintaimu, I Love You"
walaupun laungan cinta itu terselindung disebalik lafaz "Aku Terima Nikahnya...".
Cinta itu menyebabkan si Teruna sanggup menjadi galang ganti si wali, memikul amanah Allah untuk membahagiakan gadis itu setelah sekian lama bapanya menjaga dan memeliharanya semenjak kecil. Maka kini si bapa menyerahkan amanah memimpin dan membahagiakan anaknya ke tangan suami melalui kontrak perjanjian yang sah kerana ia yakin akan kejujuran teruna itu dalam mencintai puterinya.

Cinta yang sebenar adalah cinta yang diikat dengan perkahwinan dan diiktiraf oleh agama Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda "Kami tidak melihat bagi dua orang yang bercinta itu kecuali untuk bernikah".

Harap perkongsian yang serba ringkas ini menyedarkan kepada kita semua tentang cinta itu, cinta adalah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t semata-mata bukan sebaliknya.

Wahai para pelajarku, kalian masih muda, terlalu muda untuk bercinta, gunakan lah masa dan peluang yang ada untuk meraih kejayaan dalam pembelajaran. Berkasih sayang tak salah, sememangnya sayang itu adalah nikmat Allah s.w.t yang telah diberikan kepada kita semua hambanya tetapi pada peringkat usia muda sebegitu, berikanlah kasih sayangmu itu sepenuhnya kepada orang tua mu yang telah melahirkan dan menjagamu.Kerana kau masih tak layak memberi "sayang" itu kepada orang lain selain mereka, bimbang dirimu akan terbabas daripada landasan.

Jangan mudah "kesucian dirimu" yang selama ini terjaga dengan baik, diserahkan kepada sang kekasih hanya kerana nak membuktikan perasaan cintamu kepadanya. Sememangnya si lelaki itu bukan lah "kekasih sebenar" andainya dirinya meminta "kesucian dirimu" untuk dikorbankan sebelum tiba masanya. Serahkan"kesucian dirimu" itu hanya kepada yang berhak, iaitu suamimu.

Wahai sang lelaki ingatlah ...sabda Rasulullah s.a.w
"Setiap kamu merupakan pemimpin dan setiap kamu akan dipersoalkan (oleh Allah) tentang orang yang dipimpinnya"

Lelaki sejati akan berasakan bahawa tanggungjawab membahagiakan isteri dan keluarga merupakan amanah Allah s.w.t. Lelaki berakhlak mulia tidak akan menyentuh kekasihnya sehingga sah akad nikahnya...

Aku pun banyak kekurangan diri dan ilmu, jadi marilah kita sama-sama baiki diri demi mendapat cinta Illahi...insyaAllah

Wednesday, November 10

belajar bahasa....

Luv Limbang....


Tengah pning2 myiapkan tugasan yg berlambak (biasalah dkt2 huj thn), aku nak release skejap...


Jom belajar bahasa Limbang...Kot2 time cuti nanti ada yg nak melancong ke Limbang, Brunei or Sabah....bhasanya lebh kurang sama jer la wpun ada sikit perbezaan...so mari tah blajar ..





1. ani -ini


2. atu-itu


3. liau- org tua


4. Dayang - panggilan utk sorg gadis/ppuan muda


5. Awang -panggilan utk sorg lelaki muda


6. damit -kecil


7. luan - melampau


8. gauk - nakal


9. nada - tiada


10. enda mau bah - tidak mahu ( popular-diguna pakai di Sabah/Limbang/Brunei)





so..10 ayat utk hari ini...mudah kan...

Tuesday, November 2

Ya Rabbbiiiiiiiiiii....

Fantasi ke Realiti ???

Ilhamkan aku jawapannya....

Saturday, October 23

For The Rest Of my Life - Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along OOOOO
And theres a couple words I want to say

Chorus:

For the rest of my life I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for youI know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came alongOOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..


for someone
love u so much...

Sunday, October 3

Redha...

“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU. PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”


Mendapat Kemaafan daripada sesama manusia adalah yang paling sukar kita perolehi. Memaafkan orang lain & berdoalah mendapat keredhaan Allah s.w.t untuk melembutkan hati hambanya untuk memaafkan kita jua."Setiap anak Adam itu bersalah dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang bertaubat". (Sunan Ibnu Majah)

Saturday, October 2

Tak Ingat ???

Tiba2 hatiku tertarik dgn hiasan diatas meja (lbh kurang mcm diatas...cantik kan)...lalu secara xsgaja ku terbaca (mcm tulisan ku jer)...ttp napa aku mcm br tersedar eh? Ku try mengingat bila ku mnulis dlm buku tersebut (yg smestinya buku itu bkn milik ku)... dan jawapan bg soalan2 yg ku kira (mcm tulisan ku)ckup mdebarkan hati,terharu ku...tetapi napa ku xingat n hiasan tu mcm pnah ku temui adakah ianya pnah milik ku suatu masa dulu atau ianya hanya mjadi 1impianku suatu tika dulu...tetapi napa ku xleh nak ingat???

sbnrnya apa yg tjd dgn ku sblm nie yer?? AKu rasa mcm br tsedar....lalu mminta izin utk mjdkannya simpananku & mujurlah dia mberikannya....sampai skrg ku msih terfikir apa yg sbnrnya berlaku pada masa lalu ku...Ku xingat...

Tuesday, September 28

Cintai Dia


Telan ubat n trylah nak tidur. Tp xleh pulak cos sakit sgt so ku alihkan kesakitan ku dgn membaca majalah harap2 boleh mengurangkan. Ku tertarik dgn ruangan Tanbih (Peringatan buat yang lalai)..nie aku copy paste

Firman Allah s.w.t yang bermaksud "Tiap-tiap diri akan merasakan kematian. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya) dan hanya kepada kami kamu dikembalikan". (Surah al-Anbiya'21:35)

Dijelaskan jua ada 4 ujian Allah s.w.t beri pada kita iaitu Ujian Mentaati Perintah Allah, Ujian Menjauhi Larangan Allah, Ujian Kebaikan (nikmat) dan Ujian Keburukan (Musibah)

So, kesedihan & kesakitan yang ku alami nie agak2nya ujian yang mana satu yerk? Rupa2nya nikmat bahagia yg pernah ku kecapi suatu ketika dulu juga adalah salah satu jenis ujian...Ya Allah...

Lalu aku teringat dgn kisah disiang tadi, sdih sgt dia menangis tak henti2. Menganggap dirinya malang ssgt.( mcm cerminan diriku yg lalu jak...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu). Akhir skali ku mmintanya jaga solat (wpun aku akui aku pn byk terlalai jua n byk kkurangan diri).
Cuba baca
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون)dari Surah Al-Baqarah, Ayat 156 bermaksud "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Mudahkan hanya sepotong ayat. Tetapi Sepotong ayat nie pn mmerlukan bbrp thn utk ku menghafal dan fasih menyebutnya. Sebelum nie ada jer perkataan yg ttinggal, syukran thn nie aku bjya. (berkat ptolongan Si Dia yg sbar mgajarku sblm blalu pergi...bkn jodoh katanya...(ini pun ujian NYa jua huhuhu) )

Minggu dpn dah ujian PMR, diikuti Ujian Akhir Tahun, Ujian Percubaan SPM dan Ujian SPM maka tamatlah ujian bagi sesi persekolahan tahun ini disambung thn dpn dgn kitaran yg sama. Ini bagi peringkat sekolah sj tp ujian kehidupan kita tak abis sampai disini kita akan terus diuji sampai nyawa di penghujung (mksudnya dah nak sampai ajal).

Semoga kita smua terus sabar dgn ujian Allah, susah mau pun senang, sedih mau pun gembira,sllulah ingat Allah, bdoalah n bsolatlah.

"Jaga Diri & Jaga Solat ya sayang...." "Terima kasih sayang, Sesungguhnya sebagai hambaNya ku mengasihi mu. kerana ku bhrp kasihmu membawa diriku mengapai cintaNya. Hanya Allah Maha Mengetahui..."

smoga musim salju berlalu...hangatkan dgn zikir pada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Maha Penerima Taubat Hamba-hambanya

Tuesday, August 31

U R THE 1ST

slmt hari raya...maaf zahir batin....

Thursday, August 26

Mimpi...

Adakah mimpi ini petunjuk atau mainan tidur?
Seusai solat subuh tadi, aku tertidur semula, mgntuk huhuhu....
...Aku lihat dia datang jupa mama meminta aku berpindah dari sini. Then dia bgtau bnda yg sama ngan aku, minta aku pindah ke Sabah. Biar jauh dr sini...yg pting jauh dr sini..xboleh kalo ada disini....
Lalu aku tersedar..adakah ini petunjuk aku perlu berpindah? Adakah kehadiran aku disini tidak menyenangi hati pihak2 lain....
Maybe aku perlu berhijrah....Ya Allah andai hijrah ini baik utk diriku, keluargaku, agamaku, duniaku dan akhiratku, Kau permudahkanlah urusanku...Bimbinglah hati yang lemah ini..

Wednesday, August 25

Berdoalah...

15 ramadhan pada hari ini....syukur aku msih diberi nikmat bernafas oleh Maha Pencipta...
Sedihnye melihat kesengsaraan hidup rakyat Palestin....sempena bulan Ramadhan yang pnuh berakah ini, aku minta kepada semua pembaca blog aku nie.....jom la kita berdoa.
Doakan lah kesejatheraan umat2 Islam di serata dunia ini. Semoga mereka tabah dan termasuk dlm golongan yang sabar. Sesungguhnya dugaan yg dtg adalah menguji tahap keimanan kita...
Doakan juga pemimpin2 Dunia termasuklah org2 Yahudi itu semoga diberi hidayah dan petunjuk. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Berkuasa mengubah hati2 hambaNya.

Doakan lah juga kpd para remaja2 kita/ibu2 muda agar mjauhkan perbuatan zina,membunuh dan membuang anak dimerata tempat... Lembutkan lah hati mrk agar menyayangi zuriatnya. lembutkan lah hati org tua agar menerima anak2 mrk yg dah tlanjur dan bimbinglah mrk kembali ke pangkal jalan. Sesungguhnya kepada ALlah jua kita bermohon agar diberi hidayah dan petunjuk. Kalo dah tersasar cpt2 kembali ke jalan yg diredhai Allah smentara masa dan peluang masih ada.

Dipandang hina dimata masyarakat ...adakah kita kembali padaNya dalam keadaan hina jua?....Jawapannya hanya akan diketahui dgn bersolat dan bacalah Al-Quaran dan buku A'Ta Zan (Jgn Bersedih). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun...

"KepadaNya jua kita kembali"

Garisan...

Seronok gak tengok citer nie tadi. 2 kali dah ditayangkan cuma malam nie berkesempatan menontonnya sampai tamat, xtau nape malam nie x mgantuk.

Citer "Garisan" nie agak mnarik perhatianKu. Mesej yang disampaikannya ialah kita sbg manusia yg lemah,kerdil,hina ini tidak selayaknya menghukum hamba Allah lain di muka bumi ini. Tetapi dalam keadaan sedar atau x mudah saja kita menjatuhkan hukuman pada orang lain. Misalnya, pandang hina pada pekerja GRO (watak Ayu dlm cter nie) dan menganggap jijik di dlm masyarakat. Sedangkan kita xpnah ambil tau apa punca dan kesulitan yang dihadapi oleh nya. Kita berasa diri cukup sempurna / "Insan Terpilih" / paling mulia, suci,bersih berbanding orang lain. Menganggap semua kesalahan adalah dipihak orang lain, penjahat, menipu, hinggalah sanggup mengatakan orang lain adalah munafik, langsung x pduli perasaan orang lain. Sebenarnya itu semua bisikan daripada musuh azali manusia.

Jagalah lidah kita yang tak bertulang ini, jangan mudah menyatakan sst yg bkn hak kita. Kerana lidah inilah juga kita berkasih sayang tetapi kerana lidah ini juga terputus hubungan sesama manusia.
Tambahan pula dalam agama kita sememangnya menganjurkan toleransi yang cukup tinggi dan lebih berlemah lembut. Bukan dengan kekerasan fizikal mahu pun mental dan emosi.
Ingatlah ikrar Iblis " Aku akan mendatangkan dan menyesatkan mrk dr dpn dan blkg. Akan ku sesatkan anak cucu Adam ...."
Semoga aku dilindungi daripada insan yang mudah menjatuh hukum sesuka hati dan dijauhkan daripada termasuk dlm golongan ini....Sesungguhnya hanya Allah s.w.t saja yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Wednesday, August 11

Selamat Berpuasa

Salam Ramadhan...Semoga kita beroleh manfaat

Wednesday, August 4

Menghitung Hari...

6 hari lagi bulan Syaaban akan berlalu....debaran makin terasa menanti Ramadhan..Semoga Allah s.w.t memberikan peluang kepada hambaNya untuk menghayati Ramadhan pada tahun ini. Semoga diberi peluang dan kesihatan badan/jiwa/mental untuk beribadah padaNya.

Wednesday, July 28

PINJAMAN


"Allah cuma bagi pinjam jer laptop nie" kata-kata kak Su membuatkan aku terfikir. Selalunya kita akan berbangga mendapat barang yang baharu sahaja dimiliki hasil titik peluh kita. Tak terfikir pun laptop tu Allah s.w.t bagi.

Takutnya apabila memikirkan semua yang kita miliki adalah pinjaman semata termasuk lah tempat kita berpijak sekarang. Rasa sebagai peminjam ini lebih teruk daripada kita meminjamkan barang kepada orang lain. Bila-bila masa Peminjam akan menarik balik haqNya
termasuk nyawa kita sendiri. Semuanya pinjaman.

Berpisah dengan orang yang kita sayang amat pedih rasanya. Apatah lagi kalo berpisah dengan
mak, ayah, anak,suami,isteri, tunang,kekasih rupa-rupanya semuanya adalah milikNya. Sedihnya bila kita tak dapat apa yang kita nak (isk2 sedarlah diri...sebagai peminjam..mana mungkin kita beringinan/ maukan sst yg bkn diberi pinjam kepada kita...aduh2 manusia2)

Terasa malunya kerana berbulan-bulan meratapi, menyesali dan menyalahkan diri. Malu lagi apabila menyalahkan Pemiliknya, mempersoalkan kenapa ditakdir bergitu.Sapa kita nak menyalahkan diri, sebab diri adalah milik Allah.Sapa kita nak menyalahkan pemilikNya sedangkan Dia Berhaq, Dia yang Memilikinya...

Sesaat kau menarik nikmat penglihatanku, gelaplah duniaku
Sesaat Kau menarik nikmat pendengaranku, sunyilah duniaku
Sesaat kau menarik nikmat pertuturanku, bisulah diriku
Sesaat Kau menarik nikmat berkasih sayang, hinalah aku dibenci hamba2 Mu
Sesaat Kau menarik nikmat degupan jantungku, lalu kakulah aku,

Allah, ampuni dosa semua hamba Mu di muka bumi ini. Janganlah kau palingkan hati-hati kami setelah kau memberikan hidayah kepada kami....Semuanya Milik Allah termasuk syurga dan neraka...
Semuanya Milik Allah

Thursday, July 15

Selamat Datang Syaaban


Rejab berlalu, Selamat Datang Syaaban...Alhamdulilah kerana ku diberi peluang sekali lagi melalui bulan syaaban dan ramadhan,insyaAllah. Sayang n ruginya rasa sebab Rejab kali nie berlalu begitu sj, terlalu alpha ngan nikmat smentara mbtkan ku xsdar tlh mbiarkannya pergi bgitu sj. Alhamdulilah Syaaban telah mengejutkan ku dari lena (mata terbuka tp....). InsyaAllah ku takkan mbiarkan ianya berlalu lagi..Jom...sama-sama kita mulakan dengan memohon kemaafan zahir batin dan memohon kehalalan daripada semua makhluk di muka bumi ini agar memudahkan kita menjalani amalan seterusnya....


Jadi dikesempatan ini aku memohon maaf zahir batin, sebarang kekasaran tingkah laku, pertuturan dan segalanya. Sekali lagi mohon dihalalkan segalanya yang nampak dimata atau tidak.

Maaf dan halalkanlah terutama kepada Abi, Ummi dan adik2, bekas2 Murrabbi,

Boss saya (Tn. Pengetua SMK Belawai), Semua PK, rakan-rakan guru terutama rakan sekerja saya di UBK, semua warga SMK Belawai dan semua murid termasuk bekas2, para ibu bapa dll.


Wednesday, July 7

Jom Baca...


Bibir acap kali berkata dusta namun hanya hati yang tahu…..Mencari Naurah oleh Nazihatul Hanan adalah novel Islamik. Pertama kalinya, aku membaca novel karya seorang wanita. Memang agak berbeza sentuhan pengkarya wanita dan lelaki. Bila lelaki yang mengarang bahasa yang digunakan lebih bersahaja tidak seperti perempuan bahasanya lebih halus. Fitrah manusia sukakan kasih sayang maka semua novel tetap berunsurkan percintaan cuma cara penggarapannya sahaja berbeza.

Mencari Naurah hanya berlatarkan sekitar Kelantan dan Kuala Lumpur. Mengisahkan kisah hidup Natasha yang dicintai 2 insan.Walaupun kisah ini macam biasa-biasa sahaja tetapi apa yang mampu menarik perhatianku ialah persoalan menjaga H.A.T.I…Menjaga hati bukannya perkara mudah. Cinta fitrah sekiranya tidak diawasi boleh mengundang fitnah. Hati yang tidak garang dalam mempertahankan iman dalam jiwa boleh membawa manusia jauh daripada PENCIPTA. Kadang-kadang kita merasakan diri telah akrab dengan RAB namun hakikatnya jasad semakin jauh dan menjauh. Semuanya berlaku luar sedar kita. Sedarkah aku?( lbh ditujukan kepada diriku sendiri,hamba hina ini)

Novel ini tidak standing dengan novel yang sebelum nie ku baca iaitu novel Salju Sakinah oleh Zaid Akhtar memaparkan kisah ketabahan watak Sumayyah siswi tahun akhir Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya. Novel ini mengambil dua latar tempat iaitu Jordan dan Malaysia. Juga dua latar waktu iaitu ketika Sumayah menghabiskan semester terakhirnya dan ketika dia berada di kampungnya, di Senggarang, Batu Pahat. Amat menarik hati iaitu adab menyampaikan suara hati dengan mengunakan tabir ….(Nak tau lebih lanjut….boleh baca sendiri)

Penulis kegemaranku, Ramlee Awang Mursid dan kedua-dua penulis novel islamik ini senada dalam menyampaikan sirah Rasulullah, kisah para Nabi dan sahabat yang telah dititipkan kepada pembaca sebagai peringatan; tanpa melupakan firman Tuhan dan hadis Nabi yang diselitkan juga sebagai panduan. Insya-Allah bagi yang membacanya akan mendapat input dan peringatan.

Sebenarnya novel Mencari Naurah itu dimiliki oleh murid Tingkatan 3. Begitu tekun dia membaca sehinggalah menarik hatiku untuk mendekatinya dan cuba mengetahui apa yang membuat dia begitu tertarik dengan buku tersebut. Semalaman ku membacanya barulah ku ketahui jawapannya.

Harapanku semoga lebih ramai lagi yang sudi membelek-belek buku ini. Inilah antara usaha dakwah para sahabat kita dalam memberikan peringatan kepada sahabat yang lain. Dakwah tak semestinya perlu memberi ceramah di masjid atau surau tetapi lebih halus lagi melalui penulisan. Dakwah bukan semudah yang disangka perlukan kesabaran dan istiqamah untuk melakukannya. Tahniah kepada penulis dan pembaca jua...kerana dengan keizinanNya semua ini telah terjadi.....Alhamdulilah

Monday, July 5

Cinta Terakhir

Aku suka membaca novel karya Ramlee Awang Murshid, novel yang lain dari yang lain. Ianya bukannya seperti novel biasa. Nak tau nape..baca sendiri la...(novel ini jugak sebenarnya menarik perhatian aku menyedari kekuasaan ALLAH s.w.t..."Cinta Sufi")

Cerita Ilusi TV 3 menarik gak! Tak tau napa aku suka sangat watak-watak yang mempunyai Sixth Sense (Pancaindera ke 6). Watak Liza dan Shahril masing-masing mempunyai kelebihan dan saling melengkapi tapi sayang......

Lagu temanya

Lagu : Cinta Terakhir

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan cinta kita
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
C/o:
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya takdir dari Tuhan



Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman

Tuesday, June 29

Demam FIFA vs Demam PSKPP

PEMAIN Portugal, Cristiano Ronaldo (jersi putih) di kawal oleh tiga pemain Sepanyol, (dari kiri) Xavi Hernandez, Andres Iniesta dan Sergio Busquets dalam saingan pusingan kedua Piala Dunia di Stadium Green Point, awal pagi tadi. Sepanyol tewaskan Portugal 1-0. - Foto APJun 30, 2010 5:51 am

kehangatan demam FIFA terus dirasai dengan kehangatan demam PSKPP...
SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA.....
BERGEMBIRA DAN MENGERATKAN HUBUNGAN.....

Friday, June 25

South Africa 2010 World Cup Song - Waving Flag - K'naan

Give me freedom, give me fire, give me reason, take me higher
See the champions, take the field now,
you define us, make us feel proud
In the streets are, hands uplifting,
as we lose our inhibition,
Celebration its around us, every nation, all around us
Singin forever young,
singin songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautifull game.
And toghetter at the end of the day.
We all say
When I get older I will be stronger
They'll call me freedom,
Just like a waving flag ,And then it goes back
When I get older I will be strongerThey'll call me freedomJust like a wavin' flag
And then it goes back
Give you freedom, give you fire, give you reason, take you higher
See the champions,
take the field now, you define us, make us feel proud
In the streets are, hands uplifting, as we lose our inhibition,
Celebration, its around us, every nations, all around us
Singing forever young,
singing songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautifull game.
And toghetter at the end of the day.
We all say
When I get older, I will be stronger.
They'll call me freedom.
Just like a wavin' flag
And then it goes back
Bestnya lagu nie....sokong Brazillllll lalalala....

Thursday, April 22

PROGRAM CINTA LUAR BIASA

8 April 2010 (khamis) berlangsungnya PROGRAM CINTA LUAR BIASA anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Belawai.Program yang berlangsung sehari suntuk di dewan Barong bersama-sama murid tingkatan 1-5 yang telah dibahagikan kepada 2 slot.Program ini bukan sahaja disasarkan kepada murid tetapi termasuklah guru-guru dan kakitangan sekolah yang berlangsung pada sebelah petangnya pula di bilik mesyuarat. Objektif utamanya adalah untuk memberikan informasi sebenar tentang pergaulan bebas berdasarkan perspektif kesihatan. Bahkan penyakit-penyakit terkini dan langkah menghadapinya juga turut dibincangkan.Secara keseluruhannya program ini berjaya mencapai objektifnya dimana semua pihak termasuk pihak pentadbiran memberikan kerjasama sepenuhnya. InsyaAllah program seumpama ini akan dimasukkan sebagai program tahunan dalam program UBK.

Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Husni Zaim


slot 1: bersama murid T.4 dan 5

Tn. Pengetua merasmikan Program Cinta Luar Biasa


Fokus



En. Raphael Bujang, Pegawai Kanan Kesihatan ,Klinik Belawai


Antara guru yang turut sama mendengar taklimat
Slot ke 2: bersama dengan T.1-3
LDP:bersama warga SMK Belawai


Sunday, March 28

Episod baru...


Alhamdulilah esok bermula episod baru dalam rutin pekerjaanku. Seminggu sebelum hinggalah selepas Keputusan SPM diumumkan iaitu lebih kurang selama 3 minggu,kami asyik menjawab dan memberi informasi semasa mengenai IPTA/S, Politeknik, Maktab, Maktab Tentera, Tingkatan 6 dan lain-lain kepada murid-muridku termasuklah para ibu bapa. Tidak kurang juga yang bertanya melalui SMS dan bagi yang ingin keterangan lebih jelas terus berjumpa kami di Unit Bimbingan dan Kaunseling. Bahkan mereka bertanya tanpa mengira masa ada sesetengahnya berSMS tengah-tengah malam bertanya itu dan ini. Maaflah ya sebab selalunya SMS hanya dibalas keesokan harinya (sebab tidur awal jika diamalkan bagus untuk kesihatan heheheh....)

Faham perasaan murid-murid ku ini, puncanya perasaan tidak yakin dan tidak mahu ketinggalan...cikgu faham. Ada yang dah bekerja di Kuala Lumpur siap telefon dan berSMS ,tak tahu lah berapa banyak RM dihabiskan untuk bertanya apakah peluang yang mereka patut rebuti dengan keputusan yang dah ada ditangan.

Alhamdulilah, walaupun macam-macam perangai dan karenah mereka semua (Lepasan SPM 2009) saya dan rakan , Cg. Mohamad Termizi tak pernah berasa penat apatah lagi bosan. Kami di Unit Bimbingan Kaunseling berasakan inilah yang dinamakan "anjakan pradigma intelek".. anda semua telah berusaha menjawab soalan SPM dengan usaha sama semua para guru SMK Belawai dan sekarang anda yang membuat pilihan untuk meneruskan hidup berdasarkan keputusan SPM yang telah diperolehi. Bantuan terakhir kami adalah seperti kaunter Lepasan SPM dan Online permohonan.
InsyaAllah Kami Semua Mendoakan Anda Semua Berjaya Mendapat Tempat untuk melanjutkan pelajaran dan Menjadi Insan Yang Berguna pada Agama, Bangsa dan Negara..Aminnn

Hijrahku....

“Seronok ke berhijrah?” antara beberapa soalan yang diajukan oleh murid-muridku. Ada sesetengahnya menyatakan keinginan untuk memeluk agama Islam.Terus saya teringat tentang seorang sahabat yang meminta saya menghubungi rakannya yang dalam dilema untuk berbincang perkara seumpama ini. Walaupun saya bukan lah arif sangat perkara ini dan masih mencari ilmu tetapi untuk tidak menghampakan sahabat tadi saya telah menghubungi rakannya dan berbicara dari hati ke hati.
Cuma apa yang boleh saya katakan kepada mereka dan anda pembaca blog saya, semuanya adalah bergantung pada niat anda sendiri.


Anda berniat berhijrah kerana mencintaiNYa anda akan dapat cinta Nya
Anda berniat berhijrah kerana mencintai hambanya anda akan dapat hambanya
Anda berniat berhijrah kerana mencintai kemewahan anda akan dapat kemewahan

Bukan mudah untuk berhijrah, tidak semudah yang dikata tetapi tidak sesukar seperti yang difikir. Bagi orang yang telah melaluinya mereka akan memahaminya dan akan meredhainya dengan menganggap itu semua dugaan yang wajar kita hadapi.

Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Kadang-kadang berasa tidak tertahan dengan ujian yang dihadapi tetapi bukan niat menyesali lafaz ikrar yang lalu. Ekoran tiada yang memberikan sokongan dan bimbingan sebaliknya di setiap penjuru terus menganalisa dan ada juga yang menjadi pemerhati tidak bertauliah mendiam diri begitu saja. Ujian-ujian terus mendesak dengan mendengar kata-kata insan disekeliling, benarlah lidah itu umpama pisau belati, menghiris hati

Ada yang menyatakan penghijrahan itu kerana nak kahwin semata-mata
Ada yang menyatakan penghijrahan itu kerana nak mendapat RM semata-mata
Ada yang menyatakan penghijrahan itu kerana nak mendapat perhatian semata-mata
Ada yang menyatakan penghijrahan itu mempunyai muslihat tersirat
Ada yang menyatakan penghijrahan itu hanyalah sementara sahaja
Dan hanya seorang dua yang
Menyatakan penghijrahannya itu adalah kerana keikhlasan hatinya


Namun hakikat sebenarnya tiada siapa pun yang tahu apa yang dilalui oleh seorang mualaf ( Zmn Umar al-khattab, tiada lg istilah mualaf bg yg dah lma msuk Islam...ini menurut seorang murabbi saya merangkap abang angkat)…tetapi diluar tu masih ramai yang menganggap dan memanggil mualaf.

Tiada kemanisan dalam hidup seorang penghijrah seperti kami semua. Dalam majalah Al-Islam banyak dipaparkan episod kisah sedih dan suram. Tiada sesiapa yang ambik peduli sebaliknya dipandang sinis malah menjadi musuh bagi sesetengah pihak. Sebenarnya ramai yang tidak terima zakat pun yang seharusnya ada, tetapi saya yakin itu semua tidak penting. Allah s.w.t menganugerahkan kita kudrat dan rezeki halal ada dimana-mana yang penting usaha kita sahaja. Cuma apa yang diimpikan bimbinglah dan berikan sokongan serta dorongan bukannya dibiarkan terkapai-kapai tanpa ilmu. Setelah berjaya menarik hati dan mendapat sepenuhnya jangan sia-siakan tetapi bawalah bimbinglah dengan penuh sabar ajarlah mengenal alif, ba, ta…..

Pendek kata , saya bukan menakut-nakutkan tetapi itulah hakikat yang perlu dihadapi. Saya yakin andai hijab didepan mata terbuka maknanya Nur Hidayah telah dianugerahkan kepada kita , InsyaAllah dengan niat berhijrah kerana Allah s.w.t semata-mata semuanya akan dipermudahkan. InsyaAllah andai anda mempunyai niat sedemikian teruskanlah sebelum terlewat, usah diperdulikan kata-kata orang.


ANDA TIDAK BERKESEORANGAN, INSYSAALLAH ALLAH S.W.T BERSAMA-SAMA ANDA, dan insyaAllah juga andai dibagi peluang dan ruang saya bersedia memberikan dorongan dan sokongan.InsyaAllah….

Saturday, March 13

TAHNIAH.....

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 2009 YANG TELAH MEMPEROLEHI KEPUTUSAN MASING-MASING PADA 11 MAC 2010.

Kaunter lepasan SPM
22 -23 mac 2010
8.00-1.20
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Anda akan dapat :
-bimbingan
- mengisi borang BPKP online, KPLSPM,Politeknik dll....
KECUALI KE TINGKATAN 6 (ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran)
(xperlu pohon ,harap jelas)
Sila datang ke UBK untuk mendapatkan keterangan lanjut
sila bawa slip, no pin dan dokumen-dokumen yang telah diberitahu pada minggu lepas

Tuesday, March 2

Aduhai ...


Problem maknanya masalah
masalah maknanya kerisauan
kerisauan maknanya takut
takut maknanya perasaan
perasaan maknanya emosi
emosi maknanya kognitif

so hadapinya dengan senyuman....
kepada murid-muridku/sahabatku/sedara maraku/keturunan Nabi Adam...ujian yang anda hadapi sekarang walaupun berat atau ringan
usah ditanya kenapa aku?
Usah salahkan sesiapa
usah salahkan takdir
usah,usah dan usah.....

Mulakan lafaz Bismillaahir rahmaanir rahiimi
diikuti dengan senyuman
Itulah yang dinamakan terapi senyuman
sesungguhnya senyuman itu menyenangkan
senyuman itu penawar duka
senyuman itulah sumber kekuatan


Hadapi dengan tenang dan percayalah
" You Are Not Alone"

Monday, March 1

Selamat Menjawab...

1 Mac 2010 bermulalah Peperiksaan Pertengahan Penggal Pertama sesi 2010
1/3/2010 bagi menengah (T.3,4,5) atas dan 8/3/2010 bagi menengah bawah (T.1 &2)
Semoga semua murid-murid dapat menjawab soalan dengan hati yang tenang.

Semoga berjaya....

Api- Api....


waktu kecil dulu
mama sering mengingati ku
jangan bermain api
khuatir tangan melecur

bila ku meningkat remaja
guru sering menegurku
jangan cuba bermain api cinta
khuatir akan merana

bila ku diamuk rasa
papa cepat berpesan
jangan mengikut api amarah
khuatir diri binasa

semuanya ku jadikan
perisai diri
namun semuanya
berkecai
lebur

bila
dipanah api cinta

telinga menjadi pekak
mata menjadi rabun
mulut terkunci
hati menjadi beku

semua teguran
ingatan
pesanan
tidak dihirau
semua dipandang sepi
umpama kalis peluru

benarlah seperti yang dikata
inilah penyakit cinta asmaradana

bila sampai waktunya
api kekecewaan telah melebur segalanya
hilang menjadi debu
ais yang membeku mencair
segalanya hancur berderai

terbukalah hijab didepan mata
inilah padahnya

mungkinkah terlupa atau pura-pura alfa
jangan dekati api-api kecil zina
itulah hubungan yang belum sahnya

tapi bersyukurlah
walaupun perit
perpisahan itu

tetapi menyelamatkan diri
daripada bahana api neraka

andai tersasar
terkhilaf memilih jalan
perbetulkan diri

kekasih halalmu
itu yang lebih baik

Saturday, February 27

Seminar Kepimpinan Pengawas

Setiap tahun Kem Kepimpinan Pengawas akan diadakan dimana banyak kegiatan 'outdoor' dijalankan untuk menjadikan pengawas-pengawas sekolah ini lebih lasak.
Pada tahun 2010 ini, telah menyaksikan suatu perubahan dimana buat julung kalinya Kem digantikan dengan Seminar Kepimpinan Pengawas yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut(23hingga 25 Februari 2010) di bilik mesyuarat.
Walaupun lebih santai tetapi objektifnya tetap tercapai,hanya terpulang kepada para pengawas untuk menjadikannya realiti dan membawa perubahan besar kepada diri masing-masing dan tugasannya kelak.
Antara peristiwa yang sempat dirakam ...(Semua gambar ada pada kamera rakan saya).

Friday, February 26

Minta bantuan....

Salam kepada semua bloggers...
mcm mana nak buat nak buat 'read More" dan buat "link "? Sbb saya dah cuba byk kali, skjap dia ok skjp xboleh plak?mcm mana yerk?Mohon diberi tunjuk ajar... tq

Patah Tumbuh Hilang Berganti...

"Patah tumbuh hilang berganti
Mengertilah oh…
Walaupun berbeza akhirnya
Terimalah…"

Lirik lagu Gerhana Cinta Luka oleh Kumpulan Iklim

Thursday, February 25

SPM 2010

Pendaftaran SPM, SPMU, STAM 1 Mac

PUTRAJAYA 22 Feb. - Pendaftaran calon sekolah dan persendirian bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) boleh dilakukan mulai 1 hingga 31 Mac ini.

Kenyataan Kementerian Pelajaran di sini hari ini menyebut, bagi calon sekolah, borang boleh didapati di sekolah masing-masing manakala calon persendirian boleh mendapatkannya di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) terdekat.

Maklumat terperinci mengenai pendaftaran peperiksaan itu boleh diperoleh di laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lpm- dipetik dari utusan online,

Wednesday, February 24

ketidakpastian

Dalam hidup ini penuh dengan ketidakpastian



tidak pasti apakah pilihan kita nie sememangnya tepat?

Tidak pasti kemana hala tuju hidup ini?

Tidak pasti adakah kita telah melukai hati orang lain

Tidak pasti adakah kita benar-benar menghargai sesuatu itu

tidak pasti siapa yang terbaik untuk menjadi peneman

Tidak pasti apakah yang terbaik untuk diri kita?

Tidak pasti sampai bila kita di muka bumi ini..

Tidak pasti dimanakah penghujung semua ini

tidak pasti bilakah semuanya akan berakhir

Tidak pasti bagaimana semua kejadiaan itu berlaku

tidak pasti adakah kita layak untuk digelar sebagai hambaNYa sedangkan kita sering lupa alfa

tidak pasti adakah cukup amalan kita selama ini sebagai bekalan

tidak pasti doa kita dimakbul atau tidak

tidak pasti adakah amalan kita selama ini diterimaNya

semuanya dalam ketidak pastian

tak pasti, tak pasti,tak pasti

Sunday, February 21

SAMBUTAN KONGSI RAYA ...

sELAMAT tAhun BARU CINa semua...Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah sponser makanan...sedapnya siap ada limau... Memang bestlah sekolah dan warga sekolah ini.
Aksi dengan buah limau mandarin....



sedap Cg.Yanti fokus betullah....

Thursday, February 11

SELAMAT TAHUN BARU CINA






SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA...& selamat bercuti...

Mohon Maaf zahir batin dan halalkan segalanya kepada semua Teman2 dan Jiran2 Tetangga...
biasalah saya nie manusia yang sering melakukan kekhilafan...semoga hubungan baik dengan sesama makhluk akan dapat membantu saya memperbaiki hubungan saya dengan Allah s.w.t..untuk mendapat keredhaanNya.Aminnn.

Jom Celebrate..
Erm tak sabar balik tahun nie, semakin masa berlalu, semakin meningkat usia,semakin menebal rasa rindu kepada mama papa di kampung.Kalau boleh nak jer duduk dekat dengan diorang tapi apakan dayaku. Harap peluang yang diberikan oleh Allah s.w.t kali ini benar-benar digunakan dengan baik. Tahun nie,hanya aku dengan abang je balik, Kakak dan adik ada hal jadi tak dapat balik. Sedihnya rasa, dahlah aku nie musafir je hidupnya daripada sekolah hingga masuk alam pekerjaan,jarang-jarang dapat berkumpul bersama adik beradik. Tapi aku redha terima takdir ku sebagai musafir lalu menumpang kasih mencari rezeki di tempat orang (chewah sedih jer, maka kuarla ayat sastera aku huhuhu).

Terima kasih kepada semua yang sudi menerima diriku menabur bakti disini...Kerjasama anda semua amat saya hargai..bekerjalah bersama-sama saya (pinjam ayat Pak Lah jap ) itulah yang dikatakan 1 Malaysia ( PM kita). Jom kita bersama-sama minta angpow dengan rakan-rakan kita bila dah balik bercuti nanti heheheh (kepada MIss Irene, Angela, Ting, Winny, Mr.Voon...sedia2 tau warna merah heheheh)



Saturday, February 6

Hari Sukan Sekolah

Alhamdulilah pesta sukan sekolah dah tamat pada hari ini(Sabtu/7/2/2010) yang telah pun berlangsung sejak pada hari Rabu (3/2/2010).Tapi isunya tidak akan tamat diperkatakan biasalah semangat kesukanan tinggi, bukan saja pada budak2 tetapi guru2 rumah sukan jugak, itu yang membuatkan pesta ini meriah.

Keputusan keseluruhan agak menarik bagi tahun 2010 ini dimana banyak kejutan yang berlaku.Tahun 2010(tahun Harimau) benar2 membuatkan semuanya bersemangat seperti harimau dalam mengejar gelaran juara.

Keputusan Kejohanan Olahraga antara Rumah Sukan SMK Belawai
1. Tun Hussein Onn (THO).
2. Tun Abdul Razak (TAZ)
3. Tun Abdul Rahman (TAR)
4. Tun Dr. Mahathir (TDM)



Jom tengok betapa meriahnya....

Monday, February 1

SELAMAT HARI JADI

BUAT RAKAN-RAKAN YANG MENYAMBUT HARIJADINYA PADA BULAN JANUARI 2010...SEMOGA DILIMPAHKAN REZEKI DAN MENDAPAT RAHMATNYA.INSYAALLAH...
Pada tarikh 28 Januari lahirlah dua insan ini....(yg suka mkn kek hahaha). Kembar tapi tak serupa..

Cg. Hasbi,Pen. Kanan HEM meniup lilin dengan penuh sopan santun
(Rakan-rakan kat tepi dah siap sedia tunggu kek heheh)



Selamat Hari Jadi Cg. Mohd. Noor-sukanya dier...Yang ke berapa nier?


Tuesday, January 19

KENANGAN TERINDAH 2009


TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH DI ATAS KEJAYAAN SEPANJANG TAHUN 2009..
banyak kenangan pahit dan manis dilalui sepanjang tahun 2009..tapi sebenarnya pada tahun ini (2009) banyak rekod telah dipecahkan oleh warga sekolah. Mari kita soroti kembali....jom

PENGHALANG NYAMUK AEDES..



Petang ku yg serba indah dikejutkan dengan bunyi mesin rupa-rupanya Operasi Semburan kabus (fogging)bermula di flat kediaman guru ke seluruh kawasan sekolah.

Kenali nyamuk aedes pembawa maut

BERBELANG hitam putih pada kaki dan badannya, `pontianak' kecil berukuran lebih kurang lima milimeter ini sentiasa dahagakan darah manusia.
Masa menggigitnya yang aktif ialah pada awal pagi iaitu dari pukul 5 hingga 7 dan senja, dari pukul 5 hingga 7 malam.

Sunday, January 3

Ya ALLAH....

Selamat Tahun Baru 2010 dan Salam Maal Hijrah 1432. Aku beryukur mendapat hidayah daripadaNYA, telah membuka hijab didepan mata ini. Seolah-olah baru bangun dari tidur, rasanya.Semoga diberi kekuatan melalui hidup yang penuh dugaan ini.Semoga anak muridku semua juga mendapat hidayahNya dan dilapangkan dada dalam menerima ilmu daripada guru-guru bahkan sihat dari segi JERIS nya, insyaALLAH. Semoga semuanya dipermudahkan.

Saturday, January 2

SELAMAT DATANG

Selamat datang kepada warga baru SMK Belawai
dan selamat kembali bertugas kepada semua pendidik.
Pada hari ini Ahad (3/1/2010) pendaftaran sedang berlangsung di setiap kelas.
Diharap tahun baru ini akan memberikan sinar harapan baru dalam mencapai kejayaan kepada semua warga SMK Belawai. Kepada rakan-rakan pendidik yang telah berpindah semoga gembira menjalankan tugas di tempat baru. Dimana sahaja kita berada disitulah kita menabur bakti seikhlasnya..Semoga tahun ini UBK akan lebih mantap lagi dalam visi -memanusiakan manusia-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS