Tuesday, January 19

PENGHALANG NYAMUK AEDES..



Petang ku yg serba indah dikejutkan dengan bunyi mesin rupa-rupanya Operasi Semburan kabus (fogging)bermula di flat kediaman guru ke seluruh kawasan sekolah.

Kenali nyamuk aedes pembawa maut

BERBELANG hitam putih pada kaki dan badannya, `pontianak' kecil berukuran lebih kurang lima milimeter ini sentiasa dahagakan darah manusia.
Masa menggigitnya yang aktif ialah pada awal pagi iaitu dari pukul 5 hingga 7 dan senja, dari pukul 5 hingga 7 malam.

Taktik licik nyamuk aedes yang lebih suka berkelana mencari mangsanya di siang
hari berbanding nyamuk lain yang cenderung menyerang manusia pada sebelah
malam - nyata membuat manusia tertipu.

Sedar-sedar, ia sudah menempel pada tubuh kita dengan keadaan perutnya yang
buncit dipenuhi kira-kira dua hingga empat miligram darah, bersamaan 1.5 kali
berat badannya.

Berbeza dengan spesies seangkatannya yang lain, yang lazimnya sudah cukup puas
menggigit seorang mangsa dan mati selepas bertelur, aedes mempunyai kebiasaan
menggigit beberapa orang secara berganti-ganti dalam jangka masa yang singkat.

Jika spesies anopheles yang menularkan malaria hidup di kawasan kotor, aedes
tergolong nyamuk `elit' kerana memilih takungan air jernih sebagai tempat
pembiakannya, di luar mahupun di dalam rumah, terutamanya di bandar-bandar.

Tidak seindah namanya, aedes, sebaliknya sangat ganas sehingga boleh
menyebabkan kematian akibat penyakit berjangkit, demam denggi atau demam patah
tulang.
Fuyooo bahayanya...so berhati2 la k

Info lbh lanjut (http://list.uum.edu.my/pipermail/studnet/2005-February/000200.html)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS