Sunday, March 28

Episod baru...


Alhamdulilah esok bermula episod baru dalam rutin pekerjaanku. Seminggu sebelum hinggalah selepas Keputusan SPM diumumkan iaitu lebih kurang selama 3 minggu,kami asyik menjawab dan memberi informasi semasa mengenai IPTA/S, Politeknik, Maktab, Maktab Tentera, Tingkatan 6 dan lain-lain kepada murid-muridku termasuklah para ibu bapa. Tidak kurang juga yang bertanya melalui SMS dan bagi yang ingin keterangan lebih jelas terus berjumpa kami di Unit Bimbingan dan Kaunseling. Bahkan mereka bertanya tanpa mengira masa ada sesetengahnya berSMS tengah-tengah malam bertanya itu dan ini. Maaflah ya sebab selalunya SMS hanya dibalas keesokan harinya (sebab tidur awal jika diamalkan bagus untuk kesihatan heheheh....)

Faham perasaan murid-murid ku ini, puncanya perasaan tidak yakin dan tidak mahu ketinggalan...cikgu faham. Ada yang dah bekerja di Kuala Lumpur siap telefon dan berSMS ,tak tahu lah berapa banyak RM dihabiskan untuk bertanya apakah peluang yang mereka patut rebuti dengan keputusan yang dah ada ditangan.

Alhamdulilah, walaupun macam-macam perangai dan karenah mereka semua (Lepasan SPM 2009) saya dan rakan , Cg. Mohamad Termizi tak pernah berasa penat apatah lagi bosan. Kami di Unit Bimbingan Kaunseling berasakan inilah yang dinamakan "anjakan pradigma intelek".. anda semua telah berusaha menjawab soalan SPM dengan usaha sama semua para guru SMK Belawai dan sekarang anda yang membuat pilihan untuk meneruskan hidup berdasarkan keputusan SPM yang telah diperolehi. Bantuan terakhir kami adalah seperti kaunter Lepasan SPM dan Online permohonan.
InsyaAllah Kami Semua Mendoakan Anda Semua Berjaya Mendapat Tempat untuk melanjutkan pelajaran dan Menjadi Insan Yang Berguna pada Agama, Bangsa dan Negara..Aminnn

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS