Sunday, October 30

kembali...

kembali meng-up date blog...yessza.

Tuesday, March 22

Debaran...

Hari nie keputusan SPM diumumkan. Tepat jam 12 tgh hari, En Hairi mula sibuk menampal keputusan SPM 2010 yang baharu saja dibawa oleh Cg. Termizi dari PPD Daro pagi nie.

Hati Cikgu2 pun mkin berdebar kencang, sambil memerhatikan keputusan anak2 didik sama ada mencapai target ke tak. Aku pun mula bz, bt persiapan untuk Kaunter LSPM 2010 nie, aduh pedihnya tekak..bila lah suara aku kembali pulih..Anyway tq kepada cg. Rizuan,adik nie awal2 pagi dah menghulurkan difflam dan cg Yusup bagi dequadin.Tq kepada rakan2 dan murid2 ku yang simpati mudah pula bagi kerjasama

Monday, March 21

Sakitnya...

Sakit tekak ari nie lebih teruk dari semalam. Langsung xmampu kuar suara..pedih..Seminggu nie tak mungkin aku adakan sesi dgn klien, of course suara serak2 ku tidak jelas di pendengaran mereka. Rasanya 3 bln pertama thn nie aku asyik kena serang demam panas, selesema dan batuk je. Sampaikan service ku pun tak mampu lakukan dengan baik. Aduh mkin kurang antibodi badan nie, tanda2 apa yerk??? huhuh
Makan ubat dan dah berapa byk botol air dah ku teguk tak kurang2....aduh panasnya badan...
Semalam kerana terlalu minum banyak air sampai aku tak dapat lena yalah asyik g toilet la pulak. So sempat gak aku melihat program ADIK-ADIK ku (InsyaAllah Boleh!) di Tv 1. Walaupun mata mengantuk kesan ubat batuk ku telan tetapi aku cukup teruja dengan daie'2 kecil nie. Begitu hebat walaupun semuanya berusia 12 thn kebawah tetapi kepetahan dan kesungguhan penyampaian buat aku malu sebabnya ku rasa tak mampu menyampaikan dakwah sebegitu hebat sekali. Pada usia muda mereka petah membacakan beberapa potongan ayat al-quaran, hadis dan menceritakan beberapa kisah nabi. Mampu pula menyentuh emosi penonton (termasuk aku)
Ku harap sgt ada anak2 muridku menonton program ini dan terbuka hati untuk belajar seperti daie' 2 kecil nie. Harap2 dewasa nanti usaha dakwah mereka akan berterusan...
Kalo daie' kecik dah ada, kita bila pula nak bermula? Dakwah kepada orang lain memang sukar, tetapi dakwah kepada diri sendiri bila nak mulanya??(soalan dituju kepada hati ku sendiri...alamak sukarnya nak memulakan...aku bkn aku lagi )
Sakit gak nak menjawabnya... fikir jap.....ermmmmmmmmmmm

Sunday, March 20

Dah Solat?

" Mummy dah solat? Skrg kan dah jam 6 lbh "

" Napa Mummy tak solat?"

Bertubi2 soalan diajukan oleh anak sedara kesayangan ku melihat ku masih sibuk di dapur petang tu tak macam selalu. Terkejut jua aku dengan soalan2 tu, tak pernah terlintas difikiran anak2 yang berusia 9 dan 7 tahun itu prihatin dengan waktu solat. Aku tersenyum dan menjawab "cuti" dan dah ku agak makin banyak pulak soalan mereka ajukan.

Walaupun soalan mudah tetapi tersekat nafas ku,MALU mengenang kembali kealfaan ku yang lalu. Kerana terlalu kecewa akan hajat yang tak tercapai membuatkan aku terlalai dengan amukan perasaan sendiri hinggakan kewajipan tak kutunaikan. Aku kecewa dengan ketentuanNYa, Imanku senipis kulit bawang menjadi lebih rapuh dan diriku benar2 hilang arah...alhamdulilah kerana cintaNYA membawa ku kembali dan cuba meredhai segalanya...

Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah kepada diriku dan kita semua.

"...tahap keimanan seseorang, tidak semuanya sama, jadi medium penyampaiannya juga berlainan antara satu sama lain...."(dipetik dari Nur keluaran April)


Sebakkk...

Plan nak stay je kat sek cuti nie, niat nak memenuhi jemputan kahwin sahabatku, Cg. Rogayah Omar di kpg Kedang. Erm cuti 1 week je mana cukup nak balik kpg walaupun hati merindui mama papa. (sedih huhuhu). Kalo nak balik Limbang perlukan 2 hari utk perjalanan (so 4 hari hanya pergi dan balik) tinggal 3 hari je rehat. Banyak masa dihabiskan dalam bus, taxi, boat... takper lah dah rezeki aku, yang penting ku yakin bukan selama2nya aku kan menjadi perantau kot,insyaAllah.

Tetapi last minute aku diminta balik kpg segera, bukan Limbang tetapi di Miri. Akong nak jupa semua cucu2nya...(so faham2 jelah apa maknanya tu huhhuhhuh sebak2)

Akong dah berumur 92 tahun dan Ama 90 tahun, tetapi yang buat aku respect romantika dalam hubungan masih ada dan kebahagian mereka terselah (tak tau nak cter..bestnya kalo aku bgitu jugak hehehe). Akong baru je keluar dari hospital setelah ditahan beberapa hari kerana menghidap darah tinggi.

Beberapa hari je aku dapat meluangkan masa, aku kena kembali menjalankan tugas. Walaupun hati berat tetapi apakan dayaku...ku harap Akong kembali sihat insyaAllah... Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNya...

Sunday, January 2

Azam 2011

Apa azam anda semua ?

Jadikan azam suatu realiti bkn angan2...

be more better than before...insyaAllah...

masa makin berlalu, usia makin bertambah, ajal makin mendekat...

kata-kata Tok Guru : Kita bukan takut mati tapi takut bekalan amalan yang dibawa tidak mencukupi di akhirat sana....Bersyukurlah anda masih diberi masa untuk berusaha...

"Orang yang pernah melakukan kesilapan dan menyesal akan kesilapan silam lalu berubah adalah lebih baik daripada orang yang rasa dirinya tak pernah melakukan kesilapan.; setuju atau tidak...fikir2kan lah...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS