Wednesday, May 27

EKSPLORASI SEMPENA HARI GURU

27 Mei 2009- Program eksplorasi sempena hari guru dikendalikan sepenuhnya oleh lembaga pengawas SMK Belawai. Meriah sungguh, macam-macam ragam (rasa penat pun tak hilang lagi nie hehehhe). Terima kasih kepada semua pelajar kesayangan cikgu-cikgu SMK Belawai. Jadi tak perlu buang masa lagi,mari kita lihat sama-sama aksi-aksi yang mencuit hati ( best tau )




















Sunday, May 24

MENIRU ATAU DITIRU?


Isu meniru atau ditiru dalam peperiksaan bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita sama seperti isu mat rempit dan penyalahgunaan dadah ,isu yang dah lapok. Pelbagai cara nak atasi isu nie seperti diberi amaran, nasihat, didenda, didemerit dan dipotong markah. Paling teruk pun kertas jawapan tidak disemak atau disuruh buat semula.
Tetapi perkara ini tetap berlaku dan tak kisah lah pelajar sekolah rendah ke, sekolah menengah ke dan ada yang sampai peringkat universiti. Penggunaan istilah "toyol" jugak diguna pakai. Motif sebenar hanyalah nak lulus dalam peperiksaan.kawan yang bagi meniru pula bagi alasan nak bantu kawan, diugut kawan lah dan sebagainya.

Teringat kata-kata guru saya dahulu kat sekolah rendah , Cikgu Terence Idang yang merangkap guru besar SRK Kuala Awang, " Kamu nak meniru jawapan kawan kamu, sama jugalah. Tak semestinya betul. Orang yang bagi meniru tu sebenarnya nak membantu kamu untuk gagal.Jadi sia-sialah kamu datang sekolah pelajaran tak lekat di kepala."

Kata-kata inilah yang membuatkan saya berazam tidak akan memberi orang meniru kertas jawapan saya (lagipun tak ada orang nak meniru budak yang tak berapa pandai nie heheheh).
Walaupun hanya sekali lafaz sahaja tetapi memberi kesan kepada kami semua ketika itu.

Tetapi pelajar sekarang bukan sekali lafaz, dah berulang kali (dah berbuih mulut teman-teman guru lain heheh) tingkah laku meniru ini masih juga berlaku. Pelbagai cara nak atasi pelbagai kaedah juga yang peniru ini lakukan isk2...

Apabila saya kaji punya kaji semula kenapalah fenomena ini berlaku dan telah pun menjadi topik kali ini sebabnya ialah Padah Ghairah Budaya A dalam masyarakat kita. Bagi masyarakat kita amnya pelajar cemerlang adalah yang mendapat 100% dapat A. Jadi inilah yang menjadi pendorong kepada tingkahlaku "tiru" ini.

Tak naklah salahkan mana-mana pihak( tak nak jadi bangau hehehheh ), jadi kita kenalah berusaha membendungnya bermula dibangku sekolah lagi. Termasuklah ibu bapa kena mainkan peranan agar tidak terlalu mendesak tetapi membantu anak-anak dalam pelajaran. Teringat pulak zaman kanak-kanak dahulu, setiap kali balik dari sekolah mak akan periksa beg dan buku-buku. Tujuannya nak pastikan yang kami 4 orang adik beradik nie siapkan kerja sekolah. Erm tak leh nak escape, kalo nak tonton tv atau nak pergi bermain kena siapkan kerja sekolah dahulu. kadang-kadang lambat mak marah dah sampai tangan abang kalo asyik bermain je tak siapka kerja sekolah. ( Terima kasih abang keranamu jugak aku menjadi seorang manusia hehehhe...).Erm dah mula merapu pulak , hanyut dibuai memori silam.
Jadi berbalik pada isu kita apa yang wajar kita lakukan ialah baiki persepsi dan pupuk dalam diri pelajar bahawa pelajar cemerlang adalah pelajar yang cemerlang bukan sahaja akademik tetapi cemerlang dari segi psikologinya seperti emosi, kognitif dan tingkah laku. ( Tetapi yang ini selalu diabaikan).Tetapi bukan mudah tanpa kerjasama daripada semua pihak dan paling utama kesedaran datang dari diri individu tersebut.
Pendek kata, inilah hakikatnya yang tiada sesiapa ketahui

"Bukan mudah untuk memanusiakan manusia"

Jom Heboh-heboh ....


Salam semua...
Anda ingin menambah pendapatan??? Berbelanja sambil menambah pendapatan?
Tak kisah lah apa status anda? Bekerja atau tidak? Tua atau Muda? Lelaki atau pun perempuan ?
Bagi pelajar-pelajar yang ingin membayar balik hutang PTPTN atau sesiapa sahaja. Ada bermacam perniagaan mari kita sama-sama berusaha ....

Anda boleh klik disebelah kanan
blog nie - Jom Sertai Kak WWJ

Monday, May 18

Bestnya Konvoi ke Daro

16 Mei 2009- Terlebih dahulu Selamat Hari Guru kepada guru-guru saya dari sekolah rendah hingga lah ke sekolah menengah termasuklah pensyarah-pensyarah di UMS (Universiti Malaysia Sabah) dan UUM ( Universiti Utara Malaysia). Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh dunia dan paling istimewa buat guru-guru SMK Belawai dimana sahaja berada....(chewah macam ucapan plak).
Erm oklah berbalik kepada isu sebenar, iaitu konvoi ke Daro dan Matu. Seramai 16 orang guru dan seorang pelajar (10 orang menaiki motor dan selebihnya menaiki kereta...terima kasih kepada cikgu Dyg. Siti Aishah ...). Oklah ...jangan buang masa ..terus zoooom gambar-gambar nie k.


Disinilah bermulanya-> seawal 6.30 pagi di gate utama SMK Belawai

sementara menunggu feri , sempat lagi berposing


Di dalam feriCg. Rogayah rock adalah peserta satu-satunya wanita dalam pasukan konvoi bermotorsikal ..hebat kan :). Sementara yang dua orang rakannya yang comel berkonvoi dengan kereta merah tuu...heheh.


Konvoi bermotor dan kereta (kereta tak nampak,cos yang ambik pic ada dalam kereta)


Jalan-jalan cari makan...

Fenomena yang jarang dilihat ( MasyaAllah.. cantik dan uniknya kejadian ciptaan Allah s.w.t)


Rehat sebentar
aksi-aksi yang sempat dirakam

Tuesday, May 12

Apa itu Kaunseling....

Oleh : Asmawati Baharudin
PERGERTIAN KAUNSELING

Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:
• Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
• Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

Tuesday, May 5

LIRIK LAGU TERPILIH MINGGU INI....

Cinta Adam dan Hawa, terbit di syurga terang di jiwa
mengerakkan Nurani, mencari kasih suci
sehingga kita yang tertinggal saling damba
sentiasa rasa sunyi bersendiri

mana dia... kekasih hati?
mana dia... pujaanku yang sejati
dengarlah bisikan asmaraku

Cinta Adam dan Hawa, satu bersama, satu terpisah buat diriku tertanya-tanya
Cinta Adam dan Hawa satu harapan, satu sandaran, buat diriku rindukan dia.

Mana dia... kekasih hati?
Mana dia.... Pujaanku yang sejati dengarlah bisikan asmaraku,

Cinta Adam dan Hawa, satu bersama satu terpisah buat diriku tertanya-tanya

Kau yang aku puja kau yang aku cinta, kasihku di Firdausi....

Cinta Adam dan Hawa terbit di Syurga terang di Jiwa menjadi saksi impian murni
Cinta Adam dan Hawa satu bersama satu terpisah buat diriku tertanya-tanya,
Cinta Adam dan Hawa....

Sunday, May 3

27 hingga 30 April 2009 kursus kepimpinan Pengawas Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan Jemputan Antarabangsa 2009 di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang.Bertemakan PELAJAR PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA melibatkan peserta dari semenanjung,Sabah, Sarawak dan jemputan dari Banda Acheh, Indonesia dan Thailand.
Kontinjen Sarawak terdiri daripada 20 orang pelajar sekolah menengah dan rendah. Syukur kepadaNya antara banyak sekolah di Sarawak buat julung kalinya pelajar SMK Belawai terpilih. Semoga melalui pendedahan sebegini pelajar kita akan mendapat pengalaman baru, lebih terbuka dan lebih berkeyakinan untuk menjadi pemimpin pada suatu hari nanti.

Taniah kepada pelajar ini :
1) Nayah Anak Samat (4S)
2) Siti Nikmah bt Musa Bujang (4s)

Anda beruntung kerana terpilih daripada 750 orang pelajar mewakili sekolah!!!!


Kontinjen negeri Sarawak termasuklah pegawai dan guru pengiring di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bersama Cik Chong Choi Ling, Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.

hari pertama- SUAI KENAL/ICE BREKING
Eksplorasi Minda/ Jejak Warisan -antara tempat dijelajahi
Jambatan Pulau Pinang yang ketiga terpanjang di dunia iaitu 13.5km
Queen Victoria Clocktower
FORT CORNWALLIS

Pasembor.. sedapnya ermmmm..nak tahu kat mana? kat Kota Lama la

Nayah tengah mencari idea nak berpidato, salah satu aktiviti program

Bermesra dengan pelajar Acheh
Gambar kenang-kenangan di Lapangan Terbang KLIA
Inilah dia puteri-puteri harapan untuk berkongsi dengan pengawas SMK Belawai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS