Sunday, November 14

Cinta Oh Cinta!!!

Baru-baru nie aku diminta untuk berjumpa dengan beberapa orang pelajar,isunya adalah berkaitan percintaan (sebagaimana yg dimaklumkan oleh pihak atasan). Nampak isunya biasa saja tetapi kesannya agak hebat hingga membabitkan banyak pihak. Teringat dulu zaman sekolah, gara-gara takut mak bapak marah dan taknak dipanggil "cinta monyet" semua surat dan salam tak dilayan. Walaupun minat kat seseorang terpaksa pendam jer hahahah....
Hanya sekali jer dapat surat motivasi dari abang senior merangkap abg angkat ketika itu dia di Universiti dan aku di tingkatan 3, tetapi malangnya surat yang dipos ke sekolah telah diambil oleh Ketua Warden dan dibaca depan2,then terus diambilnya. (Tapisan pihak sekolah) Pucat lesi muka, sedangkan surat tu hanya mengandungi nasihat dan motivasi hahaha...

Zaman dah berubah, pelajar ku lebih ekstrim lagi.So aku nak share sikit apa itu cinta melalui pembacaan buku "Membina Syurga Cinta" yang ditulis oleh Sarip Adul (pensyarah merangkap Abi, terima kasih Abi dan Ummi serta adik2 , kerana telah mengajarku erti kehidupan)

Cinta menjadikan dua hati bersatu. Manusia ketawa dan bahagia kerana cinta sementara kehilangannya menyebabkan manusia menangis dan kecewa.

Menjadikan nafsu sebagai landasan cinta hanya akan berakhir dengan penyesalan dan tangisan,malah mengundang penderitaan yang berpanjangan.Cinta berahi ini adalah hanya mainan syaitan, kata-kata syg dan rindu dilafazkan di bawah pohon rimbun dan cahaya bulan dalam keadaan berdua-duaan. Pihak ketiga yang menjadi saksi cinta itu ialah syaitan. Hanya sang Teruna meminta dibuktikan rasa sayang kepadanya, sanggup sang Dara menyerah segalanya. Tetapi sayang habis madu, sepah dibuang. Akhirnya sang Dara dah kehilangan dara, menyesal pun tak bererti lagi...

Cinta yang sebenar adalah;
Dihadapan wali, bersaksikan mahar dan dua saksi dengan restu sang wali sang Teruna mengisytiharkan kepada dunia bahawa"Wahai gadis,aku mencintaimu, I Love You"
walaupun laungan cinta itu terselindung disebalik lafaz "Aku Terima Nikahnya...".
Cinta itu menyebabkan si Teruna sanggup menjadi galang ganti si wali, memikul amanah Allah untuk membahagiakan gadis itu setelah sekian lama bapanya menjaga dan memeliharanya semenjak kecil. Maka kini si bapa menyerahkan amanah memimpin dan membahagiakan anaknya ke tangan suami melalui kontrak perjanjian yang sah kerana ia yakin akan kejujuran teruna itu dalam mencintai puterinya.

Cinta yang sebenar adalah cinta yang diikat dengan perkahwinan dan diiktiraf oleh agama Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda "Kami tidak melihat bagi dua orang yang bercinta itu kecuali untuk bernikah".

Harap perkongsian yang serba ringkas ini menyedarkan kepada kita semua tentang cinta itu, cinta adalah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t semata-mata bukan sebaliknya.

Wahai para pelajarku, kalian masih muda, terlalu muda untuk bercinta, gunakan lah masa dan peluang yang ada untuk meraih kejayaan dalam pembelajaran. Berkasih sayang tak salah, sememangnya sayang itu adalah nikmat Allah s.w.t yang telah diberikan kepada kita semua hambanya tetapi pada peringkat usia muda sebegitu, berikanlah kasih sayangmu itu sepenuhnya kepada orang tua mu yang telah melahirkan dan menjagamu.Kerana kau masih tak layak memberi "sayang" itu kepada orang lain selain mereka, bimbang dirimu akan terbabas daripada landasan.

Jangan mudah "kesucian dirimu" yang selama ini terjaga dengan baik, diserahkan kepada sang kekasih hanya kerana nak membuktikan perasaan cintamu kepadanya. Sememangnya si lelaki itu bukan lah "kekasih sebenar" andainya dirinya meminta "kesucian dirimu" untuk dikorbankan sebelum tiba masanya. Serahkan"kesucian dirimu" itu hanya kepada yang berhak, iaitu suamimu.

Wahai sang lelaki ingatlah ...sabda Rasulullah s.a.w
"Setiap kamu merupakan pemimpin dan setiap kamu akan dipersoalkan (oleh Allah) tentang orang yang dipimpinnya"

Lelaki sejati akan berasakan bahawa tanggungjawab membahagiakan isteri dan keluarga merupakan amanah Allah s.w.t. Lelaki berakhlak mulia tidak akan menyentuh kekasihnya sehingga sah akad nikahnya...

Aku pun banyak kekurangan diri dan ilmu, jadi marilah kita sama-sama baiki diri demi mendapat cinta Illahi...insyaAllah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS