Sunday, November 22

SELAMAT BERCUTI...

SELAMAT BALIK KAMPUNG KEPADA SEMUA WARGA
SMK BELAWAI....

SELAMAT BERJUMPA PADA TAHUN 2010...
SEMOGA KITA BERTEMU LAGI DENGAN KEAZAMAN BARU & JITU

Saturday, October 31

Dari seorang teman ....tq

Wanita : Akal Senipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan…
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…
Bahkan akan semakin membengkok…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…

Bila wanita menjadi derhaka… pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…
Tapi binalah kepimpinan…
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya…
Jinakkan diri kepada allah…
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu…
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah


Bacalah, hayatilah dan fikirkan...

Thursday, October 29

KUASA MANUSIA VS KUASA ALLAH

Kuasa manusia lebih daripada kuasa Pencipta kita?
kita lebih takut dimarahi oleh manusia daripada takut dimurkai oleh Allah
Kita lebih mendengar teguran daripada manusia berbanding peringatan oleh Allah
Kita lebih bangga dipuji oleh manusia berbanding pahala oleh Allah
Kita lebihkan masa dengan memuaskan nafsu daripada lebihkan masa untuk menikmati nikmat Allah
Kita lebih cepat menjalankan tugas yang diamanahkan oleh manusia daripada Allah
Kita lebih seronok melaksanakan suruhan manusia daripada seronok melaksanakan suruhan Allah
Kita lebih malu didepan mata manusia daripada berasa malu depan Allah

Benar atau tidak?
Tepuk dada Tanya minda

“Fikirkan ,Baiki Diri Dan Kekalkan

Sunday, October 18

A.E.I.O.U

Tata..tadada..da..dadada..
Tata..tadada..da..dada..
Tata..tadada..da..da..tadada..da..tadada..
Satu Dua dan Tiga
Langkah demi selangkah
Jatuh dan bangun semula
Hei..Hei..Yeah..
Aku engkau dan kamu
Sentiasa selalu
Kita sama saling
Sedia bahu ke bahu
Mari..cari tempat bersinggah
Ayuh..cari tempat berteduh
Usah susah terlalu jauh
Satu Dua dan Tiga
Menghitung dan mengira
A..B..C..D..
Membaca dan mengeja
Meniti usia
Mengenal dunia
A..Tunggu dahulu
E
I
O..Belum ku mahu
U..Mungkin ku perlu
A..E..I..O..U
Kan ku beri tahu..
A..Ambil la iktibar
E..Elakkan musibah
I..Ingat pesan orang tua
O..Optimistik
U..Usaha sepenuh daya
Usah mudah putus asa
Rajin berusaha
Pasti kita akan berjaya

Lagu yang dinyanyikan oleh Ahli Fiqir... menarik.
Fikirkan lah dan semat dalam jiwa....
(BUAT PELAJAR YANG DIKASIHI....SEMOGA BERJAYA DALAM SPM, SELAMAT BERUSAHA...)

Wednesday, August 19

NIAT PUASA...

Niat puasa boleh dibaca di dalam apa saja bahasa yang difahami oleh seseorang Muslim itu.

“Sengaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.”

Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hzizhi sanati lillahhi ta’ala.

* Lafaz niat dalam tulisan rumi selalunya tidak menepati bahasa arab.

Selamat berpuasa semua…


DOA BERBUKA PUASA




Ertinya: Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi SEGALA SESUATU

AHLAN WASALAN RAMADHAN AL MUBARAK



JANGAN CURI2 ..... JANGAN MASA BEKERJA.....
JANGAN ASIK ...... JANGAN ASIK BANYAK2 LA BERSABAR......

MESTILAH SENTIASA




Do'a
malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat
.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Tuesday, August 11

Pilihan Anda?








Suka tak pokok yang hidup segar atau kering ?











Fikir-fikirkan makna tersirat....

Monday, August 10

ALHAMDULILAH....

SYUKUR AKHIRNYA HUJAN TURUN JUGA SEMALAM DAN HARI INI.



Kuranglah sikit jerebu dan mudah-mudahan bekalan air akan pulih semula seperti sedia kala. Usaha pihak kerajaan taklah sia-sia, pembenihan awan yang dilakukan berperingkat-peringkat membuahkan hasil. Isnin -pembenihan awan dilakukan di kawasan Kuching Kiri/ Selatan , Selasa- di kawasan Sarikei,Belawai dll. Rabu- di kawasan Miri.
Terima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab dan kerajaan negeri Sarawak ...

Apa-apa pun puji dan syukur kepada Allah s.w.t kerana tanpa keizinanNya semua usaha tak akan berhasil.

Alhamdulilah,

Sunday, August 9

Bumi yang Tandus....

Awal tahun 2009 bumi kenyalang ini banjir teruk berbanding pada tahun sebelumnya. Rumah orang tuaku yang terletak dikawasan tinggi dan tak pernah kena banjir tetapi kali ini tidak terlepas. Banyak juga rumah yang musnah dihanyut air dan haiwan ternakan mati.Ada juga yang kehilangan orang tersayang akibat kelemasan dan kesejukan. Tetapi aku tak terasa sangat sebab aku berada diluar kampung ku. Aku berada di perantauan mencari rezeki walaupun masih berada di satu tanah tetapi nak balik kampung ku yang terletak di utara Sarawak memerlukan 2 hari perjalanan darat dengan melintasi negara Brunei (biasalah naik bas, jimat sikit).

Dah masuk dua tahun aku disini, bekalan air yang macam "chips moore" ( sekejap ada lama tak da) acap kali aku hadapi. Jadi sebagai persediaan aku dah membeli dua biji tong sedang besar untuk menakung air, persediaan disaat memerlukan. Sebagaimana kita semua sedia maklum air kan keperluan asas manusia. Manusia boleh bertahan selama seminggu tanpa makan tetapi tanpa meminum air manusia hanya boleh bertahan 3 hari sahaja.Itulah yang kuhadapi berada di perantauan orang,di kampungku isu tiada air tidak pernah ku hadapi kerana kampung ku sampai sekarang dah 26 tahun ku melihat dunia, dah ramai pemimpin bertukar ganti tetapi bekalan air masih tidak disalurkan ke kampung ku. Namun tidak mempengaruhi sangat kepada kami semua, kerana sungai Limbang yang luas dan dalam itu masih mampu berjasa kepada kami semua. Cuma keinginan untuk mendapat bekalan air bersih seperti di kawasan bandar tetap ada dan mendorong pemimpin kampung membuat permohonan berkali-kali.Mungkin YB masih sibuk kot.

Dahla tiada air ditambah dengan jerebu umpama bernafas di dalam kepulan asap. Nak marah pun,tak tahu nak marah siapa.Nak lari pun semua di selebungi jerebu. Akhirnya anggap lah ini lah balasan daripada Pencipta kita atas kelalaian dan sikap tidak menghargai alam sekitar.

Bermula pada saat ini hargailah dan sayangi lah bumi kita .....salam satu Malaysia

Tuesday, July 28

PROGRAM "SELAMAT DI JALAN RAYA"

Program " Selamat di Jalan Raya" anjuran Rakan Muda Sekolah bersama PPD Daro pada 23 Julai 2009 ( Khamis) bertempat di SMK Three Rivers telah pun di sertai 9 buah sekolah termasuklah sekolah kita. Sekolah SMK Belawai hanya dapat menghantar 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 yang telah dipilih berdasarkan beberapa kriteria tertentu. Inilah rombongan yang pertama mengikuti jalan darat dari sekolah terus ke Mukah. 2 buah van disewa khas untuk membawa pelajar-pelajar ini.

Aksi-aksi pelajar yang sempat dirakam sepanjang program


7 orang pelajar asrama sempat berposing di bawah flat guru dengan van sewa (dari kpg Rajang)

Inilah rombongan dari SMK Belawai (berposing sementara menunggu feri)

Ceramah "Selamat di Jalan Raya" oleh En. Najmi Ismail

Adik Mohd. Hafiz b. Ramzi (5S)

Adik Nadratul Ain bt Bunsu (5S) menyahut cabaran


Nur Ain bt Sudin (5S) sempat berposing lagi isk2....

Gambar kenangan bersama En. Najmi Ismail merangkap ketua Fasilitator Rakan Muda Sekolah



Wednesday, May 27

EKSPLORASI SEMPENA HARI GURU

27 Mei 2009- Program eksplorasi sempena hari guru dikendalikan sepenuhnya oleh lembaga pengawas SMK Belawai. Meriah sungguh, macam-macam ragam (rasa penat pun tak hilang lagi nie hehehhe). Terima kasih kepada semua pelajar kesayangan cikgu-cikgu SMK Belawai. Jadi tak perlu buang masa lagi,mari kita lihat sama-sama aksi-aksi yang mencuit hati ( best tau )




















Sunday, May 24

MENIRU ATAU DITIRU?


Isu meniru atau ditiru dalam peperiksaan bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita sama seperti isu mat rempit dan penyalahgunaan dadah ,isu yang dah lapok. Pelbagai cara nak atasi isu nie seperti diberi amaran, nasihat, didenda, didemerit dan dipotong markah. Paling teruk pun kertas jawapan tidak disemak atau disuruh buat semula.
Tetapi perkara ini tetap berlaku dan tak kisah lah pelajar sekolah rendah ke, sekolah menengah ke dan ada yang sampai peringkat universiti. Penggunaan istilah "toyol" jugak diguna pakai. Motif sebenar hanyalah nak lulus dalam peperiksaan.kawan yang bagi meniru pula bagi alasan nak bantu kawan, diugut kawan lah dan sebagainya.

Teringat kata-kata guru saya dahulu kat sekolah rendah , Cikgu Terence Idang yang merangkap guru besar SRK Kuala Awang, " Kamu nak meniru jawapan kawan kamu, sama jugalah. Tak semestinya betul. Orang yang bagi meniru tu sebenarnya nak membantu kamu untuk gagal.Jadi sia-sialah kamu datang sekolah pelajaran tak lekat di kepala."

Kata-kata inilah yang membuatkan saya berazam tidak akan memberi orang meniru kertas jawapan saya (lagipun tak ada orang nak meniru budak yang tak berapa pandai nie heheheh).
Walaupun hanya sekali lafaz sahaja tetapi memberi kesan kepada kami semua ketika itu.

Tetapi pelajar sekarang bukan sekali lafaz, dah berulang kali (dah berbuih mulut teman-teman guru lain heheh) tingkah laku meniru ini masih juga berlaku. Pelbagai cara nak atasi pelbagai kaedah juga yang peniru ini lakukan isk2...

Apabila saya kaji punya kaji semula kenapalah fenomena ini berlaku dan telah pun menjadi topik kali ini sebabnya ialah Padah Ghairah Budaya A dalam masyarakat kita. Bagi masyarakat kita amnya pelajar cemerlang adalah yang mendapat 100% dapat A. Jadi inilah yang menjadi pendorong kepada tingkahlaku "tiru" ini.

Tak naklah salahkan mana-mana pihak( tak nak jadi bangau hehehheh ), jadi kita kenalah berusaha membendungnya bermula dibangku sekolah lagi. Termasuklah ibu bapa kena mainkan peranan agar tidak terlalu mendesak tetapi membantu anak-anak dalam pelajaran. Teringat pulak zaman kanak-kanak dahulu, setiap kali balik dari sekolah mak akan periksa beg dan buku-buku. Tujuannya nak pastikan yang kami 4 orang adik beradik nie siapkan kerja sekolah. Erm tak leh nak escape, kalo nak tonton tv atau nak pergi bermain kena siapkan kerja sekolah dahulu. kadang-kadang lambat mak marah dah sampai tangan abang kalo asyik bermain je tak siapka kerja sekolah. ( Terima kasih abang keranamu jugak aku menjadi seorang manusia hehehhe...).Erm dah mula merapu pulak , hanyut dibuai memori silam.
Jadi berbalik pada isu kita apa yang wajar kita lakukan ialah baiki persepsi dan pupuk dalam diri pelajar bahawa pelajar cemerlang adalah pelajar yang cemerlang bukan sahaja akademik tetapi cemerlang dari segi psikologinya seperti emosi, kognitif dan tingkah laku. ( Tetapi yang ini selalu diabaikan).Tetapi bukan mudah tanpa kerjasama daripada semua pihak dan paling utama kesedaran datang dari diri individu tersebut.
Pendek kata, inilah hakikatnya yang tiada sesiapa ketahui

"Bukan mudah untuk memanusiakan manusia"

Jom Heboh-heboh ....


Salam semua...
Anda ingin menambah pendapatan??? Berbelanja sambil menambah pendapatan?
Tak kisah lah apa status anda? Bekerja atau tidak? Tua atau Muda? Lelaki atau pun perempuan ?
Bagi pelajar-pelajar yang ingin membayar balik hutang PTPTN atau sesiapa sahaja. Ada bermacam perniagaan mari kita sama-sama berusaha ....

Anda boleh klik disebelah kanan
blog nie - Jom Sertai Kak WWJ

Monday, May 18

Bestnya Konvoi ke Daro

16 Mei 2009- Terlebih dahulu Selamat Hari Guru kepada guru-guru saya dari sekolah rendah hingga lah ke sekolah menengah termasuklah pensyarah-pensyarah di UMS (Universiti Malaysia Sabah) dan UUM ( Universiti Utara Malaysia). Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh dunia dan paling istimewa buat guru-guru SMK Belawai dimana sahaja berada....(chewah macam ucapan plak).
Erm oklah berbalik kepada isu sebenar, iaitu konvoi ke Daro dan Matu. Seramai 16 orang guru dan seorang pelajar (10 orang menaiki motor dan selebihnya menaiki kereta...terima kasih kepada cikgu Dyg. Siti Aishah ...). Oklah ...jangan buang masa ..terus zoooom gambar-gambar nie k.


Disinilah bermulanya-> seawal 6.30 pagi di gate utama SMK Belawai

sementara menunggu feri , sempat lagi berposing


Di dalam feriCg. Rogayah rock adalah peserta satu-satunya wanita dalam pasukan konvoi bermotorsikal ..hebat kan :). Sementara yang dua orang rakannya yang comel berkonvoi dengan kereta merah tuu...heheh.


Konvoi bermotor dan kereta (kereta tak nampak,cos yang ambik pic ada dalam kereta)


Jalan-jalan cari makan...

Fenomena yang jarang dilihat ( MasyaAllah.. cantik dan uniknya kejadian ciptaan Allah s.w.t)


Rehat sebentar
aksi-aksi yang sempat dirakam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS