Wednesday, July 28

PINJAMAN


"Allah cuma bagi pinjam jer laptop nie" kata-kata kak Su membuatkan aku terfikir. Selalunya kita akan berbangga mendapat barang yang baharu sahaja dimiliki hasil titik peluh kita. Tak terfikir pun laptop tu Allah s.w.t bagi.

Takutnya apabila memikirkan semua yang kita miliki adalah pinjaman semata termasuk lah tempat kita berpijak sekarang. Rasa sebagai peminjam ini lebih teruk daripada kita meminjamkan barang kepada orang lain. Bila-bila masa Peminjam akan menarik balik haqNya
termasuk nyawa kita sendiri. Semuanya pinjaman.

Berpisah dengan orang yang kita sayang amat pedih rasanya. Apatah lagi kalo berpisah dengan
mak, ayah, anak,suami,isteri, tunang,kekasih rupa-rupanya semuanya adalah milikNya. Sedihnya bila kita tak dapat apa yang kita nak (isk2 sedarlah diri...sebagai peminjam..mana mungkin kita beringinan/ maukan sst yg bkn diberi pinjam kepada kita...aduh2 manusia2)

Terasa malunya kerana berbulan-bulan meratapi, menyesali dan menyalahkan diri. Malu lagi apabila menyalahkan Pemiliknya, mempersoalkan kenapa ditakdir bergitu.Sapa kita nak menyalahkan diri, sebab diri adalah milik Allah.Sapa kita nak menyalahkan pemilikNya sedangkan Dia Berhaq, Dia yang Memilikinya...

Sesaat kau menarik nikmat penglihatanku, gelaplah duniaku
Sesaat Kau menarik nikmat pendengaranku, sunyilah duniaku
Sesaat kau menarik nikmat pertuturanku, bisulah diriku
Sesaat Kau menarik nikmat berkasih sayang, hinalah aku dibenci hamba2 Mu
Sesaat Kau menarik nikmat degupan jantungku, lalu kakulah aku,

Allah, ampuni dosa semua hamba Mu di muka bumi ini. Janganlah kau palingkan hati-hati kami setelah kau memberikan hidayah kepada kami....Semuanya Milik Allah termasuk syurga dan neraka...
Semuanya Milik Allah

Thursday, July 15

Selamat Datang Syaaban


Rejab berlalu, Selamat Datang Syaaban...Alhamdulilah kerana ku diberi peluang sekali lagi melalui bulan syaaban dan ramadhan,insyaAllah. Sayang n ruginya rasa sebab Rejab kali nie berlalu begitu sj, terlalu alpha ngan nikmat smentara mbtkan ku xsdar tlh mbiarkannya pergi bgitu sj. Alhamdulilah Syaaban telah mengejutkan ku dari lena (mata terbuka tp....). InsyaAllah ku takkan mbiarkan ianya berlalu lagi..Jom...sama-sama kita mulakan dengan memohon kemaafan zahir batin dan memohon kehalalan daripada semua makhluk di muka bumi ini agar memudahkan kita menjalani amalan seterusnya....


Jadi dikesempatan ini aku memohon maaf zahir batin, sebarang kekasaran tingkah laku, pertuturan dan segalanya. Sekali lagi mohon dihalalkan segalanya yang nampak dimata atau tidak.

Maaf dan halalkanlah terutama kepada Abi, Ummi dan adik2, bekas2 Murrabbi,

Boss saya (Tn. Pengetua SMK Belawai), Semua PK, rakan-rakan guru terutama rakan sekerja saya di UBK, semua warga SMK Belawai dan semua murid termasuk bekas2, para ibu bapa dll.


Wednesday, July 7

Jom Baca...


Bibir acap kali berkata dusta namun hanya hati yang tahu…..Mencari Naurah oleh Nazihatul Hanan adalah novel Islamik. Pertama kalinya, aku membaca novel karya seorang wanita. Memang agak berbeza sentuhan pengkarya wanita dan lelaki. Bila lelaki yang mengarang bahasa yang digunakan lebih bersahaja tidak seperti perempuan bahasanya lebih halus. Fitrah manusia sukakan kasih sayang maka semua novel tetap berunsurkan percintaan cuma cara penggarapannya sahaja berbeza.

Mencari Naurah hanya berlatarkan sekitar Kelantan dan Kuala Lumpur. Mengisahkan kisah hidup Natasha yang dicintai 2 insan.Walaupun kisah ini macam biasa-biasa sahaja tetapi apa yang mampu menarik perhatianku ialah persoalan menjaga H.A.T.I…Menjaga hati bukannya perkara mudah. Cinta fitrah sekiranya tidak diawasi boleh mengundang fitnah. Hati yang tidak garang dalam mempertahankan iman dalam jiwa boleh membawa manusia jauh daripada PENCIPTA. Kadang-kadang kita merasakan diri telah akrab dengan RAB namun hakikatnya jasad semakin jauh dan menjauh. Semuanya berlaku luar sedar kita. Sedarkah aku?( lbh ditujukan kepada diriku sendiri,hamba hina ini)

Novel ini tidak standing dengan novel yang sebelum nie ku baca iaitu novel Salju Sakinah oleh Zaid Akhtar memaparkan kisah ketabahan watak Sumayyah siswi tahun akhir Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya. Novel ini mengambil dua latar tempat iaitu Jordan dan Malaysia. Juga dua latar waktu iaitu ketika Sumayah menghabiskan semester terakhirnya dan ketika dia berada di kampungnya, di Senggarang, Batu Pahat. Amat menarik hati iaitu adab menyampaikan suara hati dengan mengunakan tabir ….(Nak tau lebih lanjut….boleh baca sendiri)

Penulis kegemaranku, Ramlee Awang Mursid dan kedua-dua penulis novel islamik ini senada dalam menyampaikan sirah Rasulullah, kisah para Nabi dan sahabat yang telah dititipkan kepada pembaca sebagai peringatan; tanpa melupakan firman Tuhan dan hadis Nabi yang diselitkan juga sebagai panduan. Insya-Allah bagi yang membacanya akan mendapat input dan peringatan.

Sebenarnya novel Mencari Naurah itu dimiliki oleh murid Tingkatan 3. Begitu tekun dia membaca sehinggalah menarik hatiku untuk mendekatinya dan cuba mengetahui apa yang membuat dia begitu tertarik dengan buku tersebut. Semalaman ku membacanya barulah ku ketahui jawapannya.

Harapanku semoga lebih ramai lagi yang sudi membelek-belek buku ini. Inilah antara usaha dakwah para sahabat kita dalam memberikan peringatan kepada sahabat yang lain. Dakwah tak semestinya perlu memberi ceramah di masjid atau surau tetapi lebih halus lagi melalui penulisan. Dakwah bukan semudah yang disangka perlukan kesabaran dan istiqamah untuk melakukannya. Tahniah kepada penulis dan pembaca jua...kerana dengan keizinanNya semua ini telah terjadi.....Alhamdulilah

Monday, July 5

Cinta Terakhir

Aku suka membaca novel karya Ramlee Awang Murshid, novel yang lain dari yang lain. Ianya bukannya seperti novel biasa. Nak tau nape..baca sendiri la...(novel ini jugak sebenarnya menarik perhatian aku menyedari kekuasaan ALLAH s.w.t..."Cinta Sufi")

Cerita Ilusi TV 3 menarik gak! Tak tau napa aku suka sangat watak-watak yang mempunyai Sixth Sense (Pancaindera ke 6). Watak Liza dan Shahril masing-masing mempunyai kelebihan dan saling melengkapi tapi sayang......

Lagu temanya

Lagu : Cinta Terakhir

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan cinta kita
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
C/o:
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya takdir dari Tuhan



Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS