Friday, February 26

Patah Tumbuh Hilang Berganti...

"Patah tumbuh hilang berganti
Mengertilah oh…
Walaupun berbeza akhirnya
Terimalah…"

Lirik lagu Gerhana Cinta Luka oleh Kumpulan Iklim


Mengingatkan aku tentang pemergian seorang sahabat yang telah berusaha dalam menyampaikan ilmunya kepada murid-murid. Ustaz Rozaidi telah berpindah ke negeri Perak pada hujung tahun lepas.Hari-hari terakhir ustaz Rozaidi di sekolah ini, yang sempat dirakam (tahun 2009)

Bersahaja tapi menarik

Praktikal: Ridzuan murid T.5 (2009)

Program Usrah yang bermula pada penghujung tahun 2008 daripada hanya 8 0rang murid asrama terus bertambah mencecah lebih kurang 20 orang(2009). Program ini pada dasarnya diusahakan bersama dengan beberapa orang guru iaitu Ustaz Rozaidi, Cg. Hashim Rahimi, cg. Mastura Hashim, Cg. Mohd. Noor, Cg Maszura Hashim , Cg. Faisal dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Disamping menyampaikan guru-guru ini juga turut belajar bak kata pepatah 'Menuntut ilmu sepanjang hayat'.

Penyampaian agak bersahaja, santai,perbincangan dan bukan nya formal seperti di dalam kelas,Sementara isu yang dibincangkan banyak menyentuh tentang kehidupan dan merangkumi 4 bahagian ilmu dalam agama Islam dengan menggunakan beberapa kitab atau buku.

23/2/2010..Pertemuan pertama program usrah bagi tahun ini diadakan di surau Al-Hidayah. Kehilangan pendokong utama program usrah ini telah ada pengantinya iaitu ustaz Husni dan Ustazah Suhaibah.Orang baru cara pendekatan pun berbeza tetapi matlamatnya tetap sama menyampaikan ilmu dan membentuk sahsiah murid menjadi muslim dan muslimah yang sejati. Kehadiran murid untuk pertemuan pertama kali ini amat memeranjatkan kerana mencecah 30 orang murid.Sememangnya program usrah sebenarnya mempunyai ahli 6-8 or 10 orang sahaja,iaitu dalam bilangan yang kecil. Tetapi kehadiran mereka tetap dialu-alukan dan mungkin selepas ini naqib atau naqibah akan memecahkan mereka menjadi kelompok lebih kecil atau menggunakan pendekatan yang bersesuaian.

"Sampaikan olehmu daripadaku walau sepotong ayat" -Nabi Muhammad s.a.w

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS