Tuesday, January 19

KENANGAN TERINDAH 2009


TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH DI ATAS KEJAYAAN SEPANJANG TAHUN 2009..
banyak kenangan pahit dan manis dilalui sepanjang tahun 2009..tapi sebenarnya pada tahun ini (2009) banyak rekod telah dipecahkan oleh warga sekolah. Mari kita soroti kembali....jom


• Julung kalinya 2 orang pelajar mendapat 8A dan 4 orang pelajar mendapat masing-masing 7A 1B.
Abdul Razak Bin Hasbi (8A). Azleea Azira Binti Abdul Rashid (8A), Muhammad Hisyamuddin Raimi Bin Rusli (7A1B), Muhammad Zakwan Bin Yusup (7A1B), Nurhayati Binti Mokhtar (7A1B) dan Nurul Khatikhah Binti Ahmad (7A1B).

• Julung kalinya Johan peringkat bahagian dalam pertandingan sukan antara sekolah peringkat bahagian Mukah
• Nayah & Siti Nikmah julung kalinya terpilih mewakili negeri Sarawak dalam Kursus Kepimpinan Pengawas Peringkat Kebangsaan Jemputan Antarabangsa di Tabung Haji, Bayan Lepas.
• Nur Baizurah mewakili sekolah dalam Kursus Kepimpinan Pengawas Peringkat Negeri di SMK 2 Kapit
• Kotinjen Pencak Silat ( dibawah tunjuk ajar Tok Guru Musa,P.Silat Helang Putih RSS cawangan Rejang) terus mewakili bahagian untuk sekian kalinya dalam Pertandingan Pencak Silat peringkat negeri di SMT Sejingkat, Kuching.
Pengurusan asrama telah mendapat tempat ke 4 mewakili bahagian Mukah dalam seluruh negeri Sarawak.
Pasukan bola sepak mewakili bahagian Mukah ke Limbang dalam pertandingan bola sepak peringkat negeri Sarawak.(Limbang oooo rindunya...)
Pasukan sepak takraw bawah pimpinan Cg. Hj. Shariffdin mewakili bahagian terus digeruni oleh pihak lawan hingga ada yang tarik diri (krn conform akan kalah) betapa hebatnya
Pasukan Kadet Polis terus mengharumkan nama baik sekolah dan mewakili negeri Sarawak dalam beberapa acara
Pasukan Debat/Forum dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris masing-masing mewakili sekolah
• Dan banyak lagi
• termasuk lah dengan warga pendidik dan kakitangan-kakitangan yang mendapat Anugerah Cemerlang dan naik pangkat

Semoga kejayaan-kejayaan ini akan berterusan dan bukan julung-julung kali lagi tetapi bertukar menjadi berulang-ulang kali menempa kejayaan. Namun ingatlah setinggi mana kita berada jangan lupa untuk memandang ke bawah. Kerana sememangnya kita bermula dari bawah, jadi hargailah mereka walau siapa pun mereka, sebenarnya merekalah tulang belakang kejayaan kita semua…Think it!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS