Tuesday, November 11

TQ Khairul....

UNTUK RENUNGAN BERSAMA ….

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib.. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. .

Sunday, November 2

kem kepimpinan Pengawas Asrama Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak 2008

kem kepimpinan Pengawas Asrama Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak 2008 diadakan pada 28 hingga 30 Oktober 2008 di Kampung Sukan Petronas, Miri. kem yang berlangsung selama 3 hari ini cukup memberi banyak pendedahan kepada pelajar. Bahkan kepada saya sendiri yang merupakan inilah pengalaman pertama kali sebagai guru pengiring. Perjalanan yang mengambil masa 8 jam ini menyebabkan saya demam panas dan batuk setiba di kem.Saya bersama cikgu Husairi dari Sekolah TPDH Normah, Daro mengiringi peserta
bahagian Mukah seramai 20 orang iaitu 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan.2 orang daripadanya ialah Doreen Mau dan Azlie Othman dari SMK Belawai.




perjalanan yang penuh berliku ke Borneo
Tropical Rainforest Resort Miri

Thursday, October 23

tafsiran mimpi

1-API….
Elemen ini melambangkan keadaan fizikal seseorang.Sekiranya kamu bermimpi
berjaya memadamkan sesuatu kebakaran ,ini menandakan kamu berhasil menangani sesuatu masalah berat atau sesuatu pekerjaan berat..

2-BUAH EPAL….
Buah epal melambangkan pekerjaan ,usaha,kuasa dan cita2 seseorg.Sekiranya kamu bermimpi melihat sebiji epal gugur ke tanah lalu mengambil buah itu dan dimakan,kamu akan memperolehi kesenangan.Ini bererti segala usaha kamu selama ini telah berhasil.

3-GIGI….
Gigi Goyang:Berkemungkinan ada ahli keluarga terdekat kamu yg akan di timpa penyakit.
Gigi Patah: Sering dikaitkan dengan kehilangan buat selama2nya.

4-BUNGA…
Dalam kehidupan sebenar,hampir semua org menghubungkan bunga dengan keindahan dan kesenangan.
Bunga2 Mekar: Bunga2 yg tumbuh mekar di taman mengingatkan kamu utk lebih menikmati kehidupan.
Bunga Layu: Bunga yg layu atau rosak dimakan ulat menandakan rasa penyesalan atau petanda bahaya.
Mengubah Bunga: Melambangkan kedudukan hubungan sosial kamu.
Sekiranya gubahan kamu itu di lihat indah maka hubungan sosial kamu berada dlm keadaan yg harmoni.Namun sekiranya gubahan itu dilihat seakan ganjil dan tidak seimbang,kamu perlu memperbaiki hubungan kamu itu.

5-BAJU…
Baju atau pakaian melambangkan penampilan peribadi kamu.Sekiranya dalam mimpi kamu itu mengenakan pakaian yg baik,ini bererti kamu puas dengan penampilan diri kamu sekarang.

6-CERMIN…
Sekianya kamu bermimpi sedang bercermin diri,ia melambangkan penilaian kamu terhadap bentuk fizikal sendiri.Jika kamu bermimpi sedang mengagumi diri sendiri dan kamu kelihatan lebih cantik dari biasa,ini menandakan kamu berasa puas dengan imej diri kamu sendiri dan begitu juga dengan pandangan org lain.Namun sekiranya kamu bermimpi sedang menggunakan alat solek,ini bermaksud kamu sedang berusaha menutupi sesuatu kesalahan diri dari pandangan org lain.

7-CINCIN…
Bermimpi memperoleh sebentuk cincin,menandakan kamu telah bersedia melangkah ke perhubungan yang lebih serius.

8-MENARI….
Menaria adalah satu aktiviti yg menyenangkan yg semestinya kamu inginkan.Menari juga melambangkan pelepasan emosi yg lama terpendam.Dalam realiti kehidupan kamu,mungkin kamu sedang merancang utk melakukan suatu kegiatan yg lain dari kebiasaan dan memilih keinginan utk menggubah gaya hidup kamu secara keseluruhan.

9-EMAS…
Bermimpi mencari emas atau menggali lombong emas menandakan keinginan bawah sedar kamu utk mencari rezeki sebanyak2nya.kamu masih belum cukup puas dengan apa yg kamu perolehi saat ini.Tingginya keyakinan diri kamu utk mencari ruang dalam kehidupan nyata ditentukan oleh keberhasilan kamu dalam mimpi itu.

10-GUNUNG…
Sebuah gunung yg hadir dlm mimpi kamu di sifatkan sebagai gambaran tentang masalah hidup yg sedang kamu alami dlm reality kehidupan kamu.Bagaimana kamu berjaya mendaki gunung tersebut atau adakah kamu mendaki dgn kesulitan atau rasa takut,ia tidak akan menjelaskan bagaimana kamu mampu mengatasi persoalan berkaitan masalah yg kamu hadapi dlm realiti kehidupan kamu itu.Namun sebaliknya,ia lebih merujuk kpd bagaimana penerimaan perasaan kamu sekiranya berjaya atau gagal dlm menyelesaikan sesuatu masalah.

*WARNA MIMPI…

1-MERAH…
Merah mewakili suasana panas,ghairah api dan kemarahan.Sekiranya warna merah yg menyelubungi mimpi kamu itu,ini bererti ada sesuatu yg sedang membuatkan kamu berasa marah,risau atau terganggu dlm kehidupan realiti kamu.Oleh krn merah juga berkaitan dgn tenaga,mimpi ini juga mampu membawa maksud bahawa kamu sedang dahagakan waktu utk berehat dan kamu telah menggunakan tenaga yg kamu miliki itu secara berlebihan.

2-OREN & KUNING….
Kedua2 warna ini adalah warna positif.Ia melambangkan sinar mentari.Mimpi yg dikuasai oleh kedua2 elemen warna ini melambangkan sikap optimis dan keceriaan dlm diri kamu.Ia juga memberi tanda agar kamu lebih bersemangat dlm mengejar cita2 kamu itu.Namun,berhati2lah bila yg muncul adalah warna kuning suram.Ini akan membawa makna,kamu berada dlm keadaan yg agak lemah.

3-BIRU…
Biru gelap menandakan kamu berada dlm keadaan yg agak tertekan,rindu akan peristiwa lalu hilangnya romantis dlm diri.Biru terang pula melambangkan perasaan senang atau ghairah menghadapi sesuatu pekerjaan baru.

4-HIJAU….
Melambangkan keserasian hubungan kamu dengan lingkungan alam dan org2 sekitar kamu.Warna hijau dlm mimpi bererti perintah utk membetulkan kembali sikap kamu dan kembali menjalin hubungan baik dgn individu yg kamu tuju itu.Cari symbol lain agar ia boleh memberi gambaran sikap yg sepertimana perlu anda tonjolkan dlm menyelesaikan perkara ini.

5-PUTIH…
Melambangkan satu helaian atau permukaan kosong yg boleh ditulis di atasnya.Kamu baru sahaja bebas dari deraan masalah dan kini telah siap memulakan sesuatu yg baru dalam hidup kamu.

Wednesday, October 15

Sekilas

Suasana mendung pada hari ini seolah-olah turut sama berduka dengan ku. Mesej subuh tadi yang ku terima membuatkan aku tersedar daripada kealpaan ku. Mesej Abi memberitahu ibunya telah meninggal dunia pagi ini benar-benar memberi kesan pada hati ini. Hidup sebagai perantau menimba ilmu dan mencari rezeki membuatkan masa aku bersama mama papa dan adik beradik ku cukup terhad..Tambahan pula bila dah dewasa sekarang masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing. Bila balik bercuti pun hanya jumpa mama dan papa memang jarang sekali berkesempatan berkumpul 1 keluarga seperti dahulu. Hanya telefon perantaraan kami semua.Aku merindui saat-saat itu bila lah agaknya masa itu akan tiba.Benarlah apa yang dikata, hargailah masa yang ada sesungguhnya ianya takkan berulang lagi.
Ooo...rindunya.

Hadiah ku Buat Mu....

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu bapa,guru dan sesiapa sahaja. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan dan pujian. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang sesuai dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.



Monday, October 13

DOA KEKASIH



DOA UTK YG BERCINTA ,SAPE-SAPE YANG TENGAH BERCINTA ATAU BARU NAK BERCINTA ATAU TENGAH BERTUNANG.. AMAL-AMALKANLAH DOA NIH..

'Bingkisan Doa.' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Saturday, October 11

Fikir2 kan lah....

KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.
Pernahkah kita terfikir dengan satu "KLIK" sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.
Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.

Mafhumnya::
Ibnu Mas'ud ra. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : "Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah."(Diriwayatka n oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.

Mafhumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.
Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.
Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email.
Dia mempunyai "email group" dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam "emailgroup" tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada "emailgroup" tersebut.
Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke "emailgroup" . Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.
Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.
Di dalam Islam telah sepakat ulama' bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.
Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.
Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500+5000= 5551. Begitulah seterusnya.
Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat.
Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?
Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya'Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.
Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.
Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.
Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.
Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.
Wallahhu'alam

Sunday, October 5

Samy Vellu: Tarikh peperiksaan hujung penggal perlu dikaji semula

KUALA LUMPUR: MIC akan meminta Kementerian Pendidikan supaya menunda tarikh peperiksaan hujung penggal yang dijadualkan pada 28 Oktober ke satu tarikh baru yang sesuai.


Presiden parti Datuk Seri S.Samy Vellu berkata, ini kerana ia pasti menjejaskan prestasi pelajar sekolah yang akan meraikan Deepavali pada 27 Oktober.


"Tarikh peperiksaan itu jatuh selepas sahaja hari perayaan yang bukan sahaja akan menyukarkan para pelajar tetapi juga ibu bapa mereka.


"Saya harap Kementerian Pendidikan akan menimbangkan permintaan kami kerana pelajar-pelajar yang akan meraikan Deepavali pasti akan mengalami tekanan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Samy Vellu berkata, beliau akan menyampaikan permintaan itu secara bertulis kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, ramai ibu bapa dan pelajar mengadu kepadanya akan tarikh peperiksaan itu. BERNAMA

Wednesday, September 24

PANTUN RAYA....RAYA..KITA RAYA...

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sorry la Sabah n Sarawak SPECIAL...jauh nak kena naik belon baru boleh buat Pantun…

Tuesday, September 23

Renungkan

Aduhai 4 Orang Isteriku!
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami.. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Sunday, September 21

Nukilan Dari Seorang Sahabat....

PENDAYUNG SAMPAN


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat
kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.
Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam.
Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam
agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.


Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.
Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian
digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di
dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat
kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu
mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."


"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam
perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur
pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya
Professor itu.
"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu
dgn ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari
mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari
usia kamu."Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan.
Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan
kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usiakamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak

tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun.
Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?"Professor itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa
kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang
menuju ke pantai.



Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh

menjamin kehidupan.Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika taktahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanyaorang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjayadari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak
ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER"dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Usaha sempurna adalah kemenangan...

Sunday, September 14

Nukilan Dari Seorang Sahabat....

Sekadar setitis ilmu PENTING NI....!!!!!!

Menguap..... semua orang menguap termasuk juga saya. tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap.

Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut ....ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah. . kan manis gitu...

Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai...huargh. .....huh.. ..haaah; dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.

Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini setelah saya ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga Syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan ..? astarafilullah. .! begitu rupanya...lalainya saya..

Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyia tetapi ucapkanlah istirifar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan-
sukakah kita bila syaitan seronok? sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH subhanawataala dan menjauhkan fitnah syaitan....

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

Saturday, August 30

Rahsia Psikologi Warna


Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.
Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.
Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.
Merah terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.
Merah jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.
Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.
Biru tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.
Biru muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.
Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.
Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.
Hijau - Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.
Kelabu - Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.
Hitam - Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.
Coklat - Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.
Ungu - Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

PosA....PosA

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:" * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Semoga Bergembira Menyambut Ramadhan.

Wednesday, August 6

bestnya ...xlama lagi RAYA.....

Erm layan ....

duhai bunda..duhai ayahanda...
dengarlah rayuan anakanda...
yang jauh dimata.....

tanpa ku sedari..airmata ku mengalir...
terdengar ayat,,,seruan takbir...

betapa daku gembira..
jika disamping keluarga....
dipagi mulia...hari raya...

kan ku sujud di kakimu...
bila kita bertemu...
kan ku cium tanganmu...
ku pohon restumu...
oh maafkan daku...
kesalahan diriku...

walau jauh dimata...
namun kau tak dapat ku lupa
doaku sepanjang masa...
agar kau bahagia...

ku pohon restu dari mu...
oh ayah dan ibu...
agar tercapai cita ku...
membela nasibmu...

kan kusujud di kakimu...
bila kita bertemu...
kan ku cium tanganmu..
ku pohon restumu...
oh maafkan daku...
kesalahan dirik

Sunday, August 3

Sedarlah Diri.....

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Peritnya terasa. Tetapi ketahuilah dan renungkan kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana Allah s.w.t mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan.

Saturday, August 2

Renungan Bersama.....

"Marilah sejenak kita bermuhasabah dengan berfikir dan merenungi apa saja yang telah kita lakukan hari ini.
Anda tanya dan jawab sendiri terhadap perkara2 berikut insyaAllah bermanfaat :

Sudahkah kita mengingati Allah ketika bangun tidur ?
Sudahkah kita sholat Subuh di Masjid pada hari ini ?
Sudahkah kita membaca berzikir ingatkan Allah pada pagi hari ini ?
Sudahkah kita memulai hari ini dengan meminta kepada Allah rezkii yang halal dan berhati-hati dalam mencarinya ?
Sudahkah kita memelihara seluruh solat kita dengan dengan berjamaah di Masjid pada waktunya ?
Sudahkah kita melaksanakan sholat rawatib dan tawattu ?
Adakah kita disiplin membaca wirid setiap selesai adzan dan solat ?
pastikah kita pada hari ini khusyu dalam sholat dengan menghayati apa yang kita baca ?
Sudahkah kita bertaqwa kepada Allah dalam menjalankan usaha mencari rezeki halal,makan,minum dan berpakaian?
Sudahkah kita memuji Allah atas nikmat Islam dan Iman pada hari ini ?
Sudahkah kita memuji Allah atas nikmat pendengaran, penglihatan dan nikmat-nikmat yang lain ?
Sudahkah kita membaca,mengaji dan menghafalkan serta mengamalkan isi Kitabullah dan Hadis Rasulullah SAW ?
Sudahkah pada hari ini kita belajar sesuatu dari sesuatu kewajiban agama dan hadir di pengajian ?
Sudahkah kita membaca Solawat atas Nabi Muhammad SAW pada hari ini ?
Sudahkah kita memberi nasihat karena Allah ?
Sudahkah pada hari ini kita menangis karena takut siksaan Allah ?
Sudahkah pada hari ini kita mohon ampun atas segala dosa-dosa kita ?
Sudahkah kita berdo'a kepada Allah agar diteguhkan agama kita ?
Sudahkah hati kita dibersihkan dari penyakit-penyakit suka mungkar dan wahn (suka dunia dan benci mati) ?
Sudahkah kita beramar ma'ruf nahi munkar ?

Mudah-mudahan pertanyaan-pertanyaan diatas semakin menambah keImanan dan ketaqwaan serta sifat ihsan kita Kepada Allah SWT. Yang kurang kita tambah dan yang sedia baik ada kita tambah baik suapaya menjadi lebih baik.

Friday, August 1

bicara dari hati ke hati

konflik dalam diri umpama batu besar yang menghempap diri
ringankannya dengan
bicarakannya dengan yang sudi mendengarnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS