Sunday, March 4
Selamba........
Tuesday, February 28
Bilakah akan tiba pertolongan MU?
Sunday, January 15
Semakan Online BR1M
Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucer tunai, bermula Ahad ini. Pembayaran secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.-Panduan Semakan BR1MBaucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.Atau anda boleh mula menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my.Insyallah anda akan dapat serta merta status permohonan anda.Sehingga Selasa lalu, sebanyak 4.12 juta borang BR1M diterima dari seluruh negara dan daripada jumlah itu, 3.1 juta diluluskan. Baki permohonan sedang diproses dan dijangka selesai esok.Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.-
RayuanBagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web http://www.treasury.gov.my/.
Thursday, January 12
Bersabarlah...
Monday, January 9
SBPA
Semua kecoh mengenai SBPA mengenai kenaikan gaji berbanding SSM termasuk lah aku sendiri. Tapi harap2 lah gaji naik harga barang pun tak naik...tak lah kesampaian hasrat hati aku nanti nak beli keta besar, rumah besar....yang besar2 hahahhahhaha
Sapa nak plan berjimat mcm aku nie , jom kita plan siap2 jadual gaji dah pun dikuarkan.
Jadual gaji 2012 boleh surf di http://www.anm.gov.my/public_html/pek/gaji2012.pdf
Hebatnya Facebook....
Sunday, January 8
Desakan hati tak terungkap...
Tuesday, January 3
selamat datang 2012
Ari nie bz MOM T.1 utk 1 weeks....semangat tgok muka budak2 nie, bersungguh time di beri tugasan. Tp mcm biasa, kurang sporting ler...malu2 kucing la konon hahaha.
budak2..comel jer tgokkkk... T.1 tp size bdn rata2 mcm budak 5-6 thn. kcik2 jer tgok...
Semoga anak2 ini mampu memberi sinar kebahagian kepada kedua ibu bapa dan guru2 , berikanlah senyuman kepada kami semua....
ermmm mcm I ler, smile alwz ...hadapi dengan senyuman....br hidup lbh bermakna...kan2? fikir2kanlah.....
Sunday, October 30
Wednesday, April 27
Tuesday, March 22
Debaran...
Hari nie keputusan SPM diumumkan. Tepat jam 12 tgh hari, En Hairi mula sibuk menampal keputusan SPM 2010 yang baharu saja dibawa oleh Cg. Termizi dari PPD Daro pagi nie.
Monday, March 21
Sakitnya...
Sakit tekak ari nie lebih teruk dari semalam. Langsung xmampu kuar suara..pedih..Seminggu nie tak mungkin aku adakan sesi dgn klien, of course suara serak2 ku tidak jelas di pendengaran mereka. Rasanya 3 bln pertama thn nie aku asyik kena serang demam panas, selesema dan batuk je. Sampaikan service ku pun tak mampu lakukan dengan baik. Aduh mkin kurang antibodi badan nie, tanda2 apa yerk??? huhuh
Makan ubat dan dah berapa byk botol air dah ku teguk tak kurang2....aduh panasnya badan...
Semalam kerana terlalu minum banyak air sampai aku tak dapat lena yalah asyik g toilet la pulak. So sempat gak aku melihat program ADIK-ADIK ku (InsyaAllah Boleh!) di Tv 1. Walaupun mata mengantuk kesan ubat batuk ku telan tetapi aku cukup teruja dengan daie'2 kecil nie. Begitu hebat walaupun semuanya berusia 12 thn kebawah tetapi kepetahan dan kesungguhan penyampaian buat aku malu sebabnya ku rasa tak mampu menyampaikan dakwah sebegitu hebat sekali. Pada usia muda mereka petah membacakan beberapa potongan ayat al-quaran, hadis dan menceritakan beberapa kisah nabi. Mampu pula menyentuh emosi penonton (termasuk aku)
Ku harap sgt ada anak2 muridku menonton program ini dan terbuka hati untuk belajar seperti daie' 2 kecil nie. Harap2 dewasa nanti usaha dakwah mereka akan berterusan...
Kalo daie' kecik dah ada, kita bila pula nak bermula? Dakwah kepada orang lain memang sukar, tetapi dakwah kepada diri sendiri bila nak mulanya??(soalan dituju kepada hati ku sendiri...alamak sukarnya nak memulakan...aku bkn aku lagi )
Sakit gak nak menjawabnya... fikir jap.....ermmmmmmmmmmm
Sunday, March 20
Dah Solat?
" Mummy dah solat? Skrg kan dah jam 6 lbh "
" Napa Mummy tak solat?"
Bertubi2 soalan diajukan oleh anak sedara kesayangan ku melihat ku masih sibuk di dapur petang tu tak macam selalu. Terkejut jua aku dengan soalan2 tu, tak pernah terlintas difikiran anak2 yang berusia 9 dan 7 tahun itu prihatin dengan waktu solat. Aku tersenyum dan menjawab "cuti" dan dah ku agak makin banyak pulak soalan mereka ajukan.
Walaupun soalan mudah tetapi tersekat nafas ku,MALU mengenang kembali kealfaan ku yang lalu. Kerana terlalu kecewa akan hajat yang tak tercapai membuatkan aku terlalai dengan amukan perasaan sendiri hinggakan kewajipan tak kutunaikan. Aku kecewa dengan ketentuanNYa, Imanku senipis kulit bawang menjadi lebih rapuh dan diriku benar2 hilang arah...alhamdulilah kerana cintaNYA membawa ku kembali dan cuba meredhai segalanya...
Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah kepada diriku dan kita semua.
Sebakkk...
Tetapi last minute aku diminta balik kpg segera, bukan Limbang tetapi di Miri. Akong nak jupa semua cucu2nya...(so faham2 jelah apa maknanya tu huhhuhhuh sebak2)
Akong dah berumur 92 tahun dan Ama 90 tahun, tetapi yang buat aku respect romantika dalam hubungan masih ada dan kebahagian mereka terselah (tak tau nak cter..bestnya kalo aku bgitu jugak hehehe). Akong baru je keluar dari hospital setelah ditahan beberapa hari kerana menghidap darah tinggi.
Beberapa hari je aku dapat meluangkan masa, aku kena kembali menjalankan tugas. Walaupun hati berat tetapi apakan dayaku...ku harap Akong kembali sihat insyaAllah... Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNya...
Sunday, January 2
Azam 2011
Apa azam anda semua ?
Jadikan azam suatu realiti bkn angan2...
be more better than before...insyaAllah...
masa makin berlalu, usia makin bertambah, ajal makin mendekat...
kata-kata Tok Guru : Kita bukan takut mati tapi takut bekalan amalan yang dibawa tidak mencukupi di akhirat sana....Bersyukurlah anda masih diberi masa untuk berusaha...
"Orang yang pernah melakukan kesilapan dan menyesal akan kesilapan silam lalu berubah adalah lebih baik daripada orang yang rasa dirinya tak pernah melakukan kesilapan.; setuju atau tidak...fikir2kan lah...
Sunday, November 14
Cinta Oh Cinta!!!
Hanya sekali jer dapat surat motivasi dari abang senior merangkap abg angkat ketika itu dia di Universiti dan aku di tingkatan 3, tetapi malangnya surat yang dipos ke sekolah telah diambil oleh Ketua Warden dan dibaca depan2,then terus diambilnya. (Tapisan pihak sekolah) Pucat lesi muka, sedangkan surat tu hanya mengandungi nasihat dan motivasi hahaha...
Zaman dah berubah, pelajar ku lebih ekstrim lagi.So aku nak share sikit apa itu cinta melalui pembacaan buku "Membina Syurga Cinta" yang ditulis oleh Sarip Adul (pensyarah merangkap Abi, terima kasih Abi dan Ummi serta adik2 , kerana telah mengajarku erti kehidupan)
Cinta menjadikan dua hati bersatu. Manusia ketawa dan bahagia kerana cinta sementara kehilangannya menyebabkan manusia menangis dan kecewa.
Menjadikan nafsu sebagai landasan cinta hanya akan berakhir dengan penyesalan dan tangisan,malah mengundang penderitaan yang berpanjangan.Cinta berahi ini adalah hanya mainan syaitan, kata-kata syg dan rindu dilafazkan di bawah pohon rimbun dan cahaya bulan dalam keadaan berdua-duaan. Pihak ketiga yang menjadi saksi cinta itu ialah syaitan. Hanya sang Teruna meminta dibuktikan rasa sayang kepadanya, sanggup sang Dara menyerah segalanya. Tetapi sayang habis madu, sepah dibuang. Akhirnya sang Dara dah kehilangan dara, menyesal pun tak bererti lagi...
Cinta yang sebenar adalah;
Dihadapan wali, bersaksikan mahar dan dua saksi dengan restu sang wali sang Teruna mengisytiharkan kepada dunia bahawa"Wahai gadis,aku mencintaimu, I Love You"
walaupun laungan cinta itu terselindung disebalik lafaz "Aku Terima Nikahnya...".
Cinta itu menyebabkan si Teruna sanggup menjadi galang ganti si wali, memikul amanah Allah untuk membahagiakan gadis itu setelah sekian lama bapanya menjaga dan memeliharanya semenjak kecil. Maka kini si bapa menyerahkan amanah memimpin dan membahagiakan anaknya ke tangan suami melalui kontrak perjanjian yang sah kerana ia yakin akan kejujuran teruna itu dalam mencintai puterinya.
Cinta yang sebenar adalah cinta yang diikat dengan perkahwinan dan diiktiraf oleh agama Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda "Kami tidak melihat bagi dua orang yang bercinta itu kecuali untuk bernikah".
Harap perkongsian yang serba ringkas ini menyedarkan kepada kita semua tentang cinta itu, cinta adalah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t semata-mata bukan sebaliknya.
Wahai para pelajarku, kalian masih muda, terlalu muda untuk bercinta, gunakan lah masa dan peluang yang ada untuk meraih kejayaan dalam pembelajaran. Berkasih sayang tak salah, sememangnya sayang itu adalah nikmat Allah s.w.t yang telah diberikan kepada kita semua hambanya tetapi pada peringkat usia muda sebegitu, berikanlah kasih sayangmu itu sepenuhnya kepada orang tua mu yang telah melahirkan dan menjagamu.Kerana kau masih tak layak memberi "sayang" itu kepada orang lain selain mereka, bimbang dirimu akan terbabas daripada landasan.
Jangan mudah "kesucian dirimu" yang selama ini terjaga dengan baik, diserahkan kepada sang kekasih hanya kerana nak membuktikan perasaan cintamu kepadanya. Sememangnya si lelaki itu bukan lah "kekasih sebenar" andainya dirinya meminta "kesucian dirimu" untuk dikorbankan sebelum tiba masanya. Serahkan"kesucian dirimu" itu hanya kepada yang berhak, iaitu suamimu.
Wahai sang lelaki ingatlah ...sabda Rasulullah s.a.w
"Setiap kamu merupakan pemimpin dan setiap kamu akan dipersoalkan (oleh Allah) tentang orang yang dipimpinnya"
Lelaki sejati akan berasakan bahawa tanggungjawab membahagiakan isteri dan keluarga merupakan amanah Allah s.w.t. Lelaki berakhlak mulia tidak akan menyentuh kekasihnya sehingga sah akad nikahnya...
Aku pun banyak kekurangan diri dan ilmu, jadi marilah kita sama-sama baiki diri demi mendapat cinta Illahi...insyaAllah
Wednesday, November 10
belajar bahasa....
Luv Limbang....Tengah pning2 myiapkan tugasan yg berlambak (biasalah dkt2 huj thn), aku nak release skejap...
Jom belajar bahasa Limbang...Kot2 time cuti nanti ada yg nak melancong ke Limbang, Brunei or Sabah....bhasanya lebh kurang sama jer la wpun ada sikit perbezaan...so mari tah blajar ..
1. ani -ini
2. atu-itu
3. liau- org tua
4. Dayang - panggilan utk sorg gadis/ppuan muda
5. Awang -panggilan utk sorg lelaki muda
6. damit -kecil
7. luan - melampau
8. gauk - nakal
9. nada - tiada
10. enda mau bah - tidak mahu ( popular-diguna pakai di Sabah/Limbang/Brunei)
so..10 ayat utk hari ini...mudah kan...





