Monday, March 21

Sakitnya...

Sakit tekak ari nie lebih teruk dari semalam. Langsung xmampu kuar suara..pedih..Seminggu nie tak mungkin aku adakan sesi dgn klien, of course suara serak2 ku tidak jelas di pendengaran mereka. Rasanya 3 bln pertama thn nie aku asyik kena serang demam panas, selesema dan batuk je. Sampaikan service ku pun tak mampu lakukan dengan baik. Aduh mkin kurang antibodi badan nie, tanda2 apa yerk??? huhuh
Makan ubat dan dah berapa byk botol air dah ku teguk tak kurang2....aduh panasnya badan...
Semalam kerana terlalu minum banyak air sampai aku tak dapat lena yalah asyik g toilet la pulak. So sempat gak aku melihat program ADIK-ADIK ku (InsyaAllah Boleh!) di Tv 1. Walaupun mata mengantuk kesan ubat batuk ku telan tetapi aku cukup teruja dengan daie'2 kecil nie. Begitu hebat walaupun semuanya berusia 12 thn kebawah tetapi kepetahan dan kesungguhan penyampaian buat aku malu sebabnya ku rasa tak mampu menyampaikan dakwah sebegitu hebat sekali. Pada usia muda mereka petah membacakan beberapa potongan ayat al-quaran, hadis dan menceritakan beberapa kisah nabi. Mampu pula menyentuh emosi penonton (termasuk aku)
Ku harap sgt ada anak2 muridku menonton program ini dan terbuka hati untuk belajar seperti daie' 2 kecil nie. Harap2 dewasa nanti usaha dakwah mereka akan berterusan...
Kalo daie' kecik dah ada, kita bila pula nak bermula? Dakwah kepada orang lain memang sukar, tetapi dakwah kepada diri sendiri bila nak mulanya??(soalan dituju kepada hati ku sendiri...alamak sukarnya nak memulakan...aku bkn aku lagi )
Sakit gak nak menjawabnya... fikir jap.....ermmmmmmmmmmm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS