Sunday, March 20

Sebakkk...

Plan nak stay je kat sek cuti nie, niat nak memenuhi jemputan kahwin sahabatku, Cg. Rogayah Omar di kpg Kedang. Erm cuti 1 week je mana cukup nak balik kpg walaupun hati merindui mama papa. (sedih huhuhu). Kalo nak balik Limbang perlukan 2 hari utk perjalanan (so 4 hari hanya pergi dan balik) tinggal 3 hari je rehat. Banyak masa dihabiskan dalam bus, taxi, boat... takper lah dah rezeki aku, yang penting ku yakin bukan selama2nya aku kan menjadi perantau kot,insyaAllah.

Tetapi last minute aku diminta balik kpg segera, bukan Limbang tetapi di Miri. Akong nak jupa semua cucu2nya...(so faham2 jelah apa maknanya tu huhhuhhuh sebak2)

Akong dah berumur 92 tahun dan Ama 90 tahun, tetapi yang buat aku respect romantika dalam hubungan masih ada dan kebahagian mereka terselah (tak tau nak cter..bestnya kalo aku bgitu jugak hehehe). Akong baru je keluar dari hospital setelah ditahan beberapa hari kerana menghidap darah tinggi.

Beberapa hari je aku dapat meluangkan masa, aku kena kembali menjalankan tugas. Walaupun hati berat tetapi apakan dayaku...ku harap Akong kembali sihat insyaAllah... Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS