Sunday, March 20

Dah Solat?

" Mummy dah solat? Skrg kan dah jam 6 lbh "

" Napa Mummy tak solat?"

Bertubi2 soalan diajukan oleh anak sedara kesayangan ku melihat ku masih sibuk di dapur petang tu tak macam selalu. Terkejut jua aku dengan soalan2 tu, tak pernah terlintas difikiran anak2 yang berusia 9 dan 7 tahun itu prihatin dengan waktu solat. Aku tersenyum dan menjawab "cuti" dan dah ku agak makin banyak pulak soalan mereka ajukan.

Walaupun soalan mudah tetapi tersekat nafas ku,MALU mengenang kembali kealfaan ku yang lalu. Kerana terlalu kecewa akan hajat yang tak tercapai membuatkan aku terlalai dengan amukan perasaan sendiri hinggakan kewajipan tak kutunaikan. Aku kecewa dengan ketentuanNYa, Imanku senipis kulit bawang menjadi lebih rapuh dan diriku benar2 hilang arah...alhamdulilah kerana cintaNYA membawa ku kembali dan cuba meredhai segalanya...

Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah kepada diriku dan kita semua.

"...tahap keimanan seseorang, tidak semuanya sama, jadi medium penyampaiannya juga berlainan antara satu sama lain...."(dipetik dari Nur keluaran April)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS