Sunday, March 28

Hijrahku....

“Seronok ke berhijrah?” antara beberapa soalan yang diajukan oleh murid-muridku. Ada sesetengahnya menyatakan keinginan untuk memeluk agama Islam.Terus saya teringat tentang seorang sahabat yang meminta saya menghubungi rakannya yang dalam dilema untuk berbincang perkara seumpama ini. Walaupun saya bukan lah arif sangat perkara ini dan masih mencari ilmu tetapi untuk tidak menghampakan sahabat tadi saya telah menghubungi rakannya dan berbicara dari hati ke hati.
Cuma apa yang boleh saya katakan kepada mereka dan anda pembaca blog saya, semuanya adalah bergantung pada niat anda sendiri.


Anda berniat berhijrah kerana mencintaiNYa anda akan dapat cinta Nya
Anda berniat berhijrah kerana mencintai hambanya anda akan dapat hambanya
Anda berniat berhijrah kerana mencintai kemewahan anda akan dapat kemewahan

Bukan mudah untuk berhijrah, tidak semudah yang dikata tetapi tidak sesukar seperti yang difikir. Bagi orang yang telah melaluinya mereka akan memahaminya dan akan meredhainya dengan menganggap itu semua dugaan yang wajar kita hadapi.

Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Kadang-kadang berasa tidak tertahan dengan ujian yang dihadapi tetapi bukan niat menyesali lafaz ikrar yang lalu. Ekoran tiada yang memberikan sokongan dan bimbingan sebaliknya di setiap penjuru terus menganalisa dan ada juga yang menjadi pemerhati tidak bertauliah mendiam diri begitu saja. Ujian-ujian terus mendesak dengan mendengar kata-kata insan disekeliling, benarlah lidah itu umpama pisau belati, menghiris hati

Ada yang menyatakan penghijrahan itu kerana nak kahwin semata-mata
Ada yang menyatakan penghijrahan itu kerana nak mendapat RM semata-mata
Ada yang menyatakan penghijrahan itu kerana nak mendapat perhatian semata-mata
Ada yang menyatakan penghijrahan itu mempunyai muslihat tersirat
Ada yang menyatakan penghijrahan itu hanyalah sementara sahaja
Dan hanya seorang dua yang
Menyatakan penghijrahannya itu adalah kerana keikhlasan hatinya


Namun hakikat sebenarnya tiada siapa pun yang tahu apa yang dilalui oleh seorang mualaf ( Zmn Umar al-khattab, tiada lg istilah mualaf bg yg dah lma msuk Islam...ini menurut seorang murabbi saya merangkap abang angkat)…tetapi diluar tu masih ramai yang menganggap dan memanggil mualaf.

Tiada kemanisan dalam hidup seorang penghijrah seperti kami semua. Dalam majalah Al-Islam banyak dipaparkan episod kisah sedih dan suram. Tiada sesiapa yang ambik peduli sebaliknya dipandang sinis malah menjadi musuh bagi sesetengah pihak. Sebenarnya ramai yang tidak terima zakat pun yang seharusnya ada, tetapi saya yakin itu semua tidak penting. Allah s.w.t menganugerahkan kita kudrat dan rezeki halal ada dimana-mana yang penting usaha kita sahaja. Cuma apa yang diimpikan bimbinglah dan berikan sokongan serta dorongan bukannya dibiarkan terkapai-kapai tanpa ilmu. Setelah berjaya menarik hati dan mendapat sepenuhnya jangan sia-siakan tetapi bawalah bimbinglah dengan penuh sabar ajarlah mengenal alif, ba, ta…..

Pendek kata , saya bukan menakut-nakutkan tetapi itulah hakikat yang perlu dihadapi. Saya yakin andai hijab didepan mata terbuka maknanya Nur Hidayah telah dianugerahkan kepada kita , InsyaAllah dengan niat berhijrah kerana Allah s.w.t semata-mata semuanya akan dipermudahkan. InsyaAllah andai anda mempunyai niat sedemikian teruskanlah sebelum terlewat, usah diperdulikan kata-kata orang.


ANDA TIDAK BERKESEORANGAN, INSYSAALLAH ALLAH S.W.T BERSAMA-SAMA ANDA, dan insyaAllah juga andai dibagi peluang dan ruang saya bersedia memberikan dorongan dan sokongan.InsyaAllah….

1 comment:

Mohamad Shariff said...

Tahniah cg, saya berikan sepenuh sokongan kepada cg. Jangan rasa gusar dan sedih. Terimalah hidayah Allah dengan hati yang tenang dan penuh kesabaran. Biar apa orang lain cakapkan. Untuk meninggalkan agama asal bukannya mudah. Orang yang sudah islam pun jika di tempat seperti cg, tidak mungkin menjadi islam jika tidak terbuka hati dan mindanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS