Sunday, March 20

Dah Solat?

" Mummy dah solat? Skrg kan dah jam 6 lbh "

" Napa Mummy tak solat?"

Bertubi2 soalan diajukan oleh anak sedara kesayangan ku melihat ku masih sibuk di dapur petang tu tak macam selalu. Terkejut jua aku dengan soalan2 tu, tak pernah terlintas difikiran anak2 yang berusia 9 dan 7 tahun itu prihatin dengan waktu solat. Aku tersenyum dan menjawab "cuti" dan dah ku agak makin banyak pulak soalan mereka ajukan.

Walaupun soalan mudah tetapi tersekat nafas ku,MALU mengenang kembali kealfaan ku yang lalu. Kerana terlalu kecewa akan hajat yang tak tercapai membuatkan aku terlalai dengan amukan perasaan sendiri hinggakan kewajipan tak kutunaikan. Aku kecewa dengan ketentuanNYa, Imanku senipis kulit bawang menjadi lebih rapuh dan diriku benar2 hilang arah...alhamdulilah kerana cintaNYA membawa ku kembali dan cuba meredhai segalanya...

Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah kepada diriku dan kita semua.

"...tahap keimanan seseorang, tidak semuanya sama, jadi medium penyampaiannya juga berlainan antara satu sama lain...."(dipetik dari Nur keluaran April)


Sebakkk...

Plan nak stay je kat sek cuti nie, niat nak memenuhi jemputan kahwin sahabatku, Cg. Rogayah Omar di kpg Kedang. Erm cuti 1 week je mana cukup nak balik kpg walaupun hati merindui mama papa. (sedih huhuhu). Kalo nak balik Limbang perlukan 2 hari utk perjalanan (so 4 hari hanya pergi dan balik) tinggal 3 hari je rehat. Banyak masa dihabiskan dalam bus, taxi, boat... takper lah dah rezeki aku, yang penting ku yakin bukan selama2nya aku kan menjadi perantau kot,insyaAllah.

Tetapi last minute aku diminta balik kpg segera, bukan Limbang tetapi di Miri. Akong nak jupa semua cucu2nya...(so faham2 jelah apa maknanya tu huhhuhhuh sebak2)

Akong dah berumur 92 tahun dan Ama 90 tahun, tetapi yang buat aku respect romantika dalam hubungan masih ada dan kebahagian mereka terselah (tak tau nak cter..bestnya kalo aku bgitu jugak hehehe). Akong baru je keluar dari hospital setelah ditahan beberapa hari kerana menghidap darah tinggi.

Beberapa hari je aku dapat meluangkan masa, aku kena kembali menjalankan tugas. Walaupun hati berat tetapi apakan dayaku...ku harap Akong kembali sihat insyaAllah... Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNya...

Sunday, January 2

Azam 2011

Apa azam anda semua ?

Jadikan azam suatu realiti bkn angan2...

be more better than before...insyaAllah...

masa makin berlalu, usia makin bertambah, ajal makin mendekat...

kata-kata Tok Guru : Kita bukan takut mati tapi takut bekalan amalan yang dibawa tidak mencukupi di akhirat sana....Bersyukurlah anda masih diberi masa untuk berusaha...

"Orang yang pernah melakukan kesilapan dan menyesal akan kesilapan silam lalu berubah adalah lebih baik daripada orang yang rasa dirinya tak pernah melakukan kesilapan.; setuju atau tidak...fikir2kan lah...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS