Sunday, May 24

MENIRU ATAU DITIRU?


Isu meniru atau ditiru dalam peperiksaan bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita sama seperti isu mat rempit dan penyalahgunaan dadah ,isu yang dah lapok. Pelbagai cara nak atasi isu nie seperti diberi amaran, nasihat, didenda, didemerit dan dipotong markah. Paling teruk pun kertas jawapan tidak disemak atau disuruh buat semula.
Tetapi perkara ini tetap berlaku dan tak kisah lah pelajar sekolah rendah ke, sekolah menengah ke dan ada yang sampai peringkat universiti. Penggunaan istilah "toyol" jugak diguna pakai. Motif sebenar hanyalah nak lulus dalam peperiksaan.kawan yang bagi meniru pula bagi alasan nak bantu kawan, diugut kawan lah dan sebagainya.

Teringat kata-kata guru saya dahulu kat sekolah rendah , Cikgu Terence Idang yang merangkap guru besar SRK Kuala Awang, " Kamu nak meniru jawapan kawan kamu, sama jugalah. Tak semestinya betul. Orang yang bagi meniru tu sebenarnya nak membantu kamu untuk gagal.Jadi sia-sialah kamu datang sekolah pelajaran tak lekat di kepala."

Kata-kata inilah yang membuatkan saya berazam tidak akan memberi orang meniru kertas jawapan saya (lagipun tak ada orang nak meniru budak yang tak berapa pandai nie heheheh).
Walaupun hanya sekali lafaz sahaja tetapi memberi kesan kepada kami semua ketika itu.

Tetapi pelajar sekarang bukan sekali lafaz, dah berulang kali (dah berbuih mulut teman-teman guru lain heheh) tingkah laku meniru ini masih juga berlaku. Pelbagai cara nak atasi pelbagai kaedah juga yang peniru ini lakukan isk2...

Apabila saya kaji punya kaji semula kenapalah fenomena ini berlaku dan telah pun menjadi topik kali ini sebabnya ialah Padah Ghairah Budaya A dalam masyarakat kita. Bagi masyarakat kita amnya pelajar cemerlang adalah yang mendapat 100% dapat A. Jadi inilah yang menjadi pendorong kepada tingkahlaku "tiru" ini.

Tak naklah salahkan mana-mana pihak( tak nak jadi bangau hehehheh ), jadi kita kenalah berusaha membendungnya bermula dibangku sekolah lagi. Termasuklah ibu bapa kena mainkan peranan agar tidak terlalu mendesak tetapi membantu anak-anak dalam pelajaran. Teringat pulak zaman kanak-kanak dahulu, setiap kali balik dari sekolah mak akan periksa beg dan buku-buku. Tujuannya nak pastikan yang kami 4 orang adik beradik nie siapkan kerja sekolah. Erm tak leh nak escape, kalo nak tonton tv atau nak pergi bermain kena siapkan kerja sekolah dahulu. kadang-kadang lambat mak marah dah sampai tangan abang kalo asyik bermain je tak siapka kerja sekolah. ( Terima kasih abang keranamu jugak aku menjadi seorang manusia hehehhe...).Erm dah mula merapu pulak , hanyut dibuai memori silam.
Jadi berbalik pada isu kita apa yang wajar kita lakukan ialah baiki persepsi dan pupuk dalam diri pelajar bahawa pelajar cemerlang adalah pelajar yang cemerlang bukan sahaja akademik tetapi cemerlang dari segi psikologinya seperti emosi, kognitif dan tingkah laku. ( Tetapi yang ini selalu diabaikan).Tetapi bukan mudah tanpa kerjasama daripada semua pihak dan paling utama kesedaran datang dari diri individu tersebut.
Pendek kata, inilah hakikatnya yang tiada sesiapa ketahui

"Bukan mudah untuk memanusiakan manusia"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS