Sunday, August 9

Bumi yang Tandus....

Awal tahun 2009 bumi kenyalang ini banjir teruk berbanding pada tahun sebelumnya. Rumah orang tuaku yang terletak dikawasan tinggi dan tak pernah kena banjir tetapi kali ini tidak terlepas. Banyak juga rumah yang musnah dihanyut air dan haiwan ternakan mati.Ada juga yang kehilangan orang tersayang akibat kelemasan dan kesejukan. Tetapi aku tak terasa sangat sebab aku berada diluar kampung ku. Aku berada di perantauan mencari rezeki walaupun masih berada di satu tanah tetapi nak balik kampung ku yang terletak di utara Sarawak memerlukan 2 hari perjalanan darat dengan melintasi negara Brunei (biasalah naik bas, jimat sikit).

Dah masuk dua tahun aku disini, bekalan air yang macam "chips moore" ( sekejap ada lama tak da) acap kali aku hadapi. Jadi sebagai persediaan aku dah membeli dua biji tong sedang besar untuk menakung air, persediaan disaat memerlukan. Sebagaimana kita semua sedia maklum air kan keperluan asas manusia. Manusia boleh bertahan selama seminggu tanpa makan tetapi tanpa meminum air manusia hanya boleh bertahan 3 hari sahaja.Itulah yang kuhadapi berada di perantauan orang,di kampungku isu tiada air tidak pernah ku hadapi kerana kampung ku sampai sekarang dah 26 tahun ku melihat dunia, dah ramai pemimpin bertukar ganti tetapi bekalan air masih tidak disalurkan ke kampung ku. Namun tidak mempengaruhi sangat kepada kami semua, kerana sungai Limbang yang luas dan dalam itu masih mampu berjasa kepada kami semua. Cuma keinginan untuk mendapat bekalan air bersih seperti di kawasan bandar tetap ada dan mendorong pemimpin kampung membuat permohonan berkali-kali.Mungkin YB masih sibuk kot.

Dahla tiada air ditambah dengan jerebu umpama bernafas di dalam kepulan asap. Nak marah pun,tak tahu nak marah siapa.Nak lari pun semua di selebungi jerebu. Akhirnya anggap lah ini lah balasan daripada Pencipta kita atas kelalaian dan sikap tidak menghargai alam sekitar.

Bermula pada saat ini hargailah dan sayangi lah bumi kita .....salam satu Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS