Sunday, October 5

Samy Vellu: Tarikh peperiksaan hujung penggal perlu dikaji semula

KUALA LUMPUR: MIC akan meminta Kementerian Pendidikan supaya menunda tarikh peperiksaan hujung penggal yang dijadualkan pada 28 Oktober ke satu tarikh baru yang sesuai.


Presiden parti Datuk Seri S.Samy Vellu berkata, ini kerana ia pasti menjejaskan prestasi pelajar sekolah yang akan meraikan Deepavali pada 27 Oktober.


"Tarikh peperiksaan itu jatuh selepas sahaja hari perayaan yang bukan sahaja akan menyukarkan para pelajar tetapi juga ibu bapa mereka.


"Saya harap Kementerian Pendidikan akan menimbangkan permintaan kami kerana pelajar-pelajar yang akan meraikan Deepavali pasti akan mengalami tekanan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Samy Vellu berkata, beliau akan menyampaikan permintaan itu secara bertulis kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, ramai ibu bapa dan pelajar mengadu kepadanya akan tarikh peperiksaan itu. BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS