Thursday, April 22

PROGRAM CINTA LUAR BIASA

8 April 2010 (khamis) berlangsungnya PROGRAM CINTA LUAR BIASA anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Belawai.Program yang berlangsung sehari suntuk di dewan Barong bersama-sama murid tingkatan 1-5 yang telah dibahagikan kepada 2 slot.Program ini bukan sahaja disasarkan kepada murid tetapi termasuklah guru-guru dan kakitangan sekolah yang berlangsung pada sebelah petangnya pula di bilik mesyuarat. Objektif utamanya adalah untuk memberikan informasi sebenar tentang pergaulan bebas berdasarkan perspektif kesihatan. Bahkan penyakit-penyakit terkini dan langkah menghadapinya juga turut dibincangkan.Secara keseluruhannya program ini berjaya mencapai objektifnya dimana semua pihak termasuk pihak pentadbiran memberikan kerjasama sepenuhnya. InsyaAllah program seumpama ini akan dimasukkan sebagai program tahunan dalam program UBK.

Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Husni Zaim


slot 1: bersama murid T.4 dan 5

Tn. Pengetua merasmikan Program Cinta Luar Biasa


Fokus



En. Raphael Bujang, Pegawai Kanan Kesihatan ,Klinik Belawai


Antara guru yang turut sama mendengar taklimat
Slot ke 2: bersama dengan T.1-3
LDP:bersama warga SMK Belawai


Sunday, March 28

Episod baru...


Alhamdulilah esok bermula episod baru dalam rutin pekerjaanku. Seminggu sebelum hinggalah selepas Keputusan SPM diumumkan iaitu lebih kurang selama 3 minggu,kami asyik menjawab dan memberi informasi semasa mengenai IPTA/S, Politeknik, Maktab, Maktab Tentera, Tingkatan 6 dan lain-lain kepada murid-muridku termasuklah para ibu bapa. Tidak kurang juga yang bertanya melalui SMS dan bagi yang ingin keterangan lebih jelas terus berjumpa kami di Unit Bimbingan dan Kaunseling. Bahkan mereka bertanya tanpa mengira masa ada sesetengahnya berSMS tengah-tengah malam bertanya itu dan ini. Maaflah ya sebab selalunya SMS hanya dibalas keesokan harinya (sebab tidur awal jika diamalkan bagus untuk kesihatan heheheh....)

Faham perasaan murid-murid ku ini, puncanya perasaan tidak yakin dan tidak mahu ketinggalan...cikgu faham. Ada yang dah bekerja di Kuala Lumpur siap telefon dan berSMS ,tak tahu lah berapa banyak RM dihabiskan untuk bertanya apakah peluang yang mereka patut rebuti dengan keputusan yang dah ada ditangan.

Alhamdulilah, walaupun macam-macam perangai dan karenah mereka semua (Lepasan SPM 2009) saya dan rakan , Cg. Mohamad Termizi tak pernah berasa penat apatah lagi bosan. Kami di Unit Bimbingan Kaunseling berasakan inilah yang dinamakan "anjakan pradigma intelek".. anda semua telah berusaha menjawab soalan SPM dengan usaha sama semua para guru SMK Belawai dan sekarang anda yang membuat pilihan untuk meneruskan hidup berdasarkan keputusan SPM yang telah diperolehi. Bantuan terakhir kami adalah seperti kaunter Lepasan SPM dan Online permohonan.
InsyaAllah Kami Semua Mendoakan Anda Semua Berjaya Mendapat Tempat untuk melanjutkan pelajaran dan Menjadi Insan Yang Berguna pada Agama, Bangsa dan Negara..Aminnn

Hijrahku....

“Seronok ke berhijrah?” antara beberapa soalan yang diajukan oleh murid-muridku. Ada sesetengahnya menyatakan keinginan untuk memeluk agama Islam.Terus saya teringat tentang seorang sahabat yang meminta saya menghubungi rakannya yang dalam dilema untuk berbincang perkara seumpama ini. Walaupun saya bukan lah arif sangat perkara ini dan masih mencari ilmu tetapi untuk tidak menghampakan sahabat tadi saya telah menghubungi rakannya dan berbicara dari hati ke hati.
Cuma apa yang boleh saya katakan kepada mereka dan anda pembaca blog saya, semuanya adalah bergantung pada niat anda sendiri.


Anda berniat berhijrah kerana mencintaiNYa anda akan dapat cinta Nya
Anda berniat berhijrah kerana mencintai hambanya anda akan dapat hambanya
Anda berniat berhijrah kerana mencintai kemewahan anda akan dapat kemewahan

Bukan mudah untuk berhijrah, tidak semudah yang dikata tetapi tidak sesukar seperti yang difikir. Bagi orang yang telah melaluinya mereka akan memahaminya dan akan meredhainya dengan menganggap itu semua dugaan yang wajar kita hadapi.

Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Kadang-kadang berasa tidak tertahan dengan ujian yang dihadapi tetapi bukan niat menyesali lafaz ikrar yang lalu. Ekoran tiada yang memberikan sokongan dan bimbingan sebaliknya di setiap penjuru terus menganalisa dan ada juga yang menjadi pemerhati tidak bertauliah mendiam diri begitu saja. Ujian-ujian terus mendesak dengan mendengar kata-kata insan disekeliling, benarlah lidah itu umpama pisau belati, menghiris hati

Ada yang menyatakan penghijrahan itu kerana nak kahwin semata-mata
Ada yang menyatakan penghijrahan itu kerana nak mendapat RM semata-mata
Ada yang menyatakan penghijrahan itu kerana nak mendapat perhatian semata-mata
Ada yang menyatakan penghijrahan itu mempunyai muslihat tersirat
Ada yang menyatakan penghijrahan itu hanyalah sementara sahaja
Dan hanya seorang dua yang
Menyatakan penghijrahannya itu adalah kerana keikhlasan hatinya


Namun hakikat sebenarnya tiada siapa pun yang tahu apa yang dilalui oleh seorang mualaf ( Zmn Umar al-khattab, tiada lg istilah mualaf bg yg dah lma msuk Islam...ini menurut seorang murabbi saya merangkap abang angkat)…tetapi diluar tu masih ramai yang menganggap dan memanggil mualaf.

Tiada kemanisan dalam hidup seorang penghijrah seperti kami semua. Dalam majalah Al-Islam banyak dipaparkan episod kisah sedih dan suram. Tiada sesiapa yang ambik peduli sebaliknya dipandang sinis malah menjadi musuh bagi sesetengah pihak. Sebenarnya ramai yang tidak terima zakat pun yang seharusnya ada, tetapi saya yakin itu semua tidak penting. Allah s.w.t menganugerahkan kita kudrat dan rezeki halal ada dimana-mana yang penting usaha kita sahaja. Cuma apa yang diimpikan bimbinglah dan berikan sokongan serta dorongan bukannya dibiarkan terkapai-kapai tanpa ilmu. Setelah berjaya menarik hati dan mendapat sepenuhnya jangan sia-siakan tetapi bawalah bimbinglah dengan penuh sabar ajarlah mengenal alif, ba, ta…..

Pendek kata , saya bukan menakut-nakutkan tetapi itulah hakikat yang perlu dihadapi. Saya yakin andai hijab didepan mata terbuka maknanya Nur Hidayah telah dianugerahkan kepada kita , InsyaAllah dengan niat berhijrah kerana Allah s.w.t semata-mata semuanya akan dipermudahkan. InsyaAllah andai anda mempunyai niat sedemikian teruskanlah sebelum terlewat, usah diperdulikan kata-kata orang.


ANDA TIDAK BERKESEORANGAN, INSYSAALLAH ALLAH S.W.T BERSAMA-SAMA ANDA, dan insyaAllah juga andai dibagi peluang dan ruang saya bersedia memberikan dorongan dan sokongan.InsyaAllah….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS