Ibnu Mas'ud ra. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : "Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah."(Diriwayatka n oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Saturday, October 11
Fikir2 kan lah....
Ibnu Mas'ud ra. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : "Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah."(Diriwayatka n oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Sunday, October 5
| Samy Vellu: Tarikh peperiksaan hujung penggal perlu dikaji semula KUALA LUMPUR: MIC akan meminta Kementerian Pendidikan supaya menunda tarikh peperiksaan hujung penggal yang dijadualkan pada 28 Oktober ke satu tarikh baru yang sesuai. Presiden parti Datuk Seri S.Samy Vellu berkata, ini kerana ia pasti menjejaskan prestasi pelajar sekolah yang akan meraikan Deepavali pada 27 Oktober. "Tarikh peperiksaan itu jatuh selepas sahaja hari perayaan yang bukan sahaja akan menyukarkan para pelajar tetapi juga ibu bapa mereka. "Saya harap Kementerian Pendidikan akan menimbangkan permintaan kami kerana pelajar-pelajar yang akan meraikan Deepavali pasti akan mengalami tekanan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Samy Vellu berkata, beliau akan menyampaikan permintaan itu secara bertulis kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Beliau berkata, ramai ibu bapa dan pelajar mengadu kepadanya akan tarikh peperiksaan itu. BERNAMA |
Wednesday, September 24
PANTUN RAYA....RAYA..KITA RAYA...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek
Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq
Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
Sorry la Sabah n Sarawak SPECIAL...jauh nak kena naik belon baru boleh buat Pantun…
