Wednesday, July 7

Jom Baca...


Bibir acap kali berkata dusta namun hanya hati yang tahu…..Mencari Naurah oleh Nazihatul Hanan adalah novel Islamik. Pertama kalinya, aku membaca novel karya seorang wanita. Memang agak berbeza sentuhan pengkarya wanita dan lelaki. Bila lelaki yang mengarang bahasa yang digunakan lebih bersahaja tidak seperti perempuan bahasanya lebih halus. Fitrah manusia sukakan kasih sayang maka semua novel tetap berunsurkan percintaan cuma cara penggarapannya sahaja berbeza.

Mencari Naurah hanya berlatarkan sekitar Kelantan dan Kuala Lumpur. Mengisahkan kisah hidup Natasha yang dicintai 2 insan.Walaupun kisah ini macam biasa-biasa sahaja tetapi apa yang mampu menarik perhatianku ialah persoalan menjaga H.A.T.I…Menjaga hati bukannya perkara mudah. Cinta fitrah sekiranya tidak diawasi boleh mengundang fitnah. Hati yang tidak garang dalam mempertahankan iman dalam jiwa boleh membawa manusia jauh daripada PENCIPTA. Kadang-kadang kita merasakan diri telah akrab dengan RAB namun hakikatnya jasad semakin jauh dan menjauh. Semuanya berlaku luar sedar kita. Sedarkah aku?( lbh ditujukan kepada diriku sendiri,hamba hina ini)

Novel ini tidak standing dengan novel yang sebelum nie ku baca iaitu novel Salju Sakinah oleh Zaid Akhtar memaparkan kisah ketabahan watak Sumayyah siswi tahun akhir Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya. Novel ini mengambil dua latar tempat iaitu Jordan dan Malaysia. Juga dua latar waktu iaitu ketika Sumayah menghabiskan semester terakhirnya dan ketika dia berada di kampungnya, di Senggarang, Batu Pahat. Amat menarik hati iaitu adab menyampaikan suara hati dengan mengunakan tabir ….(Nak tau lebih lanjut….boleh baca sendiri)

Penulis kegemaranku, Ramlee Awang Mursid dan kedua-dua penulis novel islamik ini senada dalam menyampaikan sirah Rasulullah, kisah para Nabi dan sahabat yang telah dititipkan kepada pembaca sebagai peringatan; tanpa melupakan firman Tuhan dan hadis Nabi yang diselitkan juga sebagai panduan. Insya-Allah bagi yang membacanya akan mendapat input dan peringatan.

Sebenarnya novel Mencari Naurah itu dimiliki oleh murid Tingkatan 3. Begitu tekun dia membaca sehinggalah menarik hatiku untuk mendekatinya dan cuba mengetahui apa yang membuat dia begitu tertarik dengan buku tersebut. Semalaman ku membacanya barulah ku ketahui jawapannya.

Harapanku semoga lebih ramai lagi yang sudi membelek-belek buku ini. Inilah antara usaha dakwah para sahabat kita dalam memberikan peringatan kepada sahabat yang lain. Dakwah tak semestinya perlu memberi ceramah di masjid atau surau tetapi lebih halus lagi melalui penulisan. Dakwah bukan semudah yang disangka perlukan kesabaran dan istiqamah untuk melakukannya. Tahniah kepada penulis dan pembaca jua...kerana dengan keizinanNya semua ini telah terjadi.....Alhamdulilah

2 comments:

Nurliza Mohd Nasir said...

Terima kasih kerana sudi membaca MENCARI NAURAH. Moga akan mengambil kemanfaatan daripadanya...

kak wrd said...

InsyaAllah...terima kasih dgn pnulisan anda...terus kan usaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS