Thursday, February 26

GAYA KEUNGGULAN JUARA..TDM

Kejohanan Sukan Tahunan SMK Belawai bermula pada 16 hingga 21 Februari 2009 begitu meriah sekali. Jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada warga SMK Belawai yang memberikan kerjasama. "Tabik spring" dengan semangat kesukanan yang cukup tinggi dalam diri pelajar dan guru-guru semua. Taniah kepada rumah TUN DR MAHATHIR (TDM) dengan mottonya "Gaya Keunggulan Juara". TDM pada tahun ini telah berjaya menjadi naib johan keseluruhan. Suatu anjakan pradigma yang cukup bagus, jika tahun-tahun sebelumnya TDM hanyalah menduduki tangga ke 3. Alhamdulilah berkat usaha dan doa semua akhirnya berjaya juga mencapai tahap ini. Semoga pada tahun depan TDM menjadi juara. HIDUP TDM!!!

Rangking 2009
1. THO
2 TDM
3. TAZ
4. TAR
Taniah !!!!GURU2 RUMAH SUKAN 2009
TUN DR. MAHATHIR ( TDM)

  • Cg. Abdul Ghani b. Sibli
  • Cg Muhd Amir B Mua’ainuedeen
  • Cg Muhd Safidzan B Salman
  • Cg Muliadi B Hud
  • Cg Mohd Nor B Ariffin
  • Cg Rizal B Abdullah (K)
  • En Jamalluddin B Sebeli
  • Cg Rafidah Bt Uzir
  • Cg Wardah(PK)
  • Cg Norlela Ghazali
  • Cg Then Lee Hee
  • Cg Nurhaslina Bt Abd Kadir
  • Cg Noorkhasmini Bt Abak
  • Cg Mastura Bt Hashim@Mohamad
  • Cik Suraya Bt Hj Johari
  • Cik Ar-Zatina Bt Alek



"Gaya Keunggulan Juara"


Taniah guru2 TDM (hanyalah sebahagian guru-guru yang sempat berposing)

Wednesday, February 25

Tanpa ku Sedari..

Hari ini merupakan hari paling sibukku, walaupun penat sempat lagi aku berchat dengan abi.Dah lama benar aku tak berborak dengan abi rindunya ngan abi,ummi dan adik-adik semua. Agaknya adik-adik dah semakin dewasa, erm begitu cepat masa berlalu. Aku pun dah masuk tahun ke dua di daerah Belawai nie. Semakin lama hatiku semakin menyukai daerah ini tapi tak bermakna aku melupakan tanah kelahiran ku.Bak kata perpatah " hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik berbakti di tempat sendiri". InsyaAllah jika ada rezeki aku akan kembali buah hatiku ada di Limbang. Setiap malam aku akan hubungi mama papa tetapi rindu ini masih tak mampu ku tawan. Sabarlah hati.

Seperti biasa perbualan aku dengan abi lebih berkisar tentang peranan sebagai muslimah. Walaupun aku berasa kadang-kadang harapan dan visi abi terlalu tinggi terhadap diri ini dan rakan-rakan akhwat yang lain.Aku sedar diri ini masih cetek lagi pengetahuan tentang agama ISLAM cuma yang ada dalam diriku hanyalah sekelumit semangat yang kadang-kadang ada pasang surutnya dalam menyebarkan agama yang suci ini. Aku tak mahu menjadi ribuan buih-buih yang ada dilautan,perumpamaan yang selalu abi gunakan dahulu dalam usrahnya.InsyaAllah aku berusaha menjadi wardah yang hidup subur di taman-taman jannah.Bisa menebarkan harumannya ke seluruh alam namun dalam masa yang sama mampu melukai sesiapa sahaja dengan durinya.Itulah kelebihan wardah@ bunga mawar yang diciptakan oleh penciptaNya.

Dengan sokongan yang diberikan aku berusaha juga mewujudkan usrah alhamdulilah daripada 8 orang tahun lepas menjadi hampir 30 orang tahun ini. Alhamdulilah.Pelajar-pelajar terdiri daripada tingkatan 5,4,3, dan 2.Walaupun perkongsian ilmu ini lebih kepada asas-asas sahaja yang kadang-kadang kita pandang ringan namun masih ada yang tak mengetahuinya.Walaupun hanya 1 jam dalam seminggu cukup memberikan kesan kepada pelajar yang benar-benar ingin belajar,syukran.

Sekali lagi kupanjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Rabb kerana semakin ramai rakan-rakan ku datang menghulurkan bantuan, bersama-sama berkongsi ilmu yang ada kepada pelajar yang dahagakan ilmu (termasuk aku).Terima kasih kepada rakan-rakan kerana sudi meluangkan masa dan tenaga menjadi Naqib dan Naqibah. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa kalian.

Semoga kita bersama-sama memantapkan diri dan berusaha menimba ilmu.Sesungguhnya ilmu yang ada pada diri kita hanyalah setitik daripada selautan ilmu pengetahuan.

Monday, February 16

sebaran

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkongsian Maklumat Am

Semakan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Tahun 2009 ( bermula 10/02/2009 sehingga 06/03/2009)
(10 Februari 2009 ~ 06 Mac 2009)
Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Sesi 2009, Kementerian Pelajaran Malaysia
(24 Januari 2009 ~ 17 Februari 2009)

Permohonan
Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA (bermula 21/01/2009 sehingga 25/03/2009)
(21 Januari 2009 ~ 25 Mac 2009)
Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) & KPLI j-QAF Ambilan Jun 2009
(16 Februari 2009 ~ 01 Mac 2009)
Semakan Tawaran Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran (KDP14MPMP) Ambilan Februari 2009
(10 Februari 2009 ~ 27 Februari 2009)

Sunday, February 1

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

KEPADA SEMUA RAKAN GURU

SEMOGA AKAN LEBIH BERSEMANGAT DALAM MENJALANKAN TUGAS

KEPADA PARA PELAJAR YANG DISAYANGI

SEMOGA AKAN LEBIH BERSEDIA dan BERSEMANGAT MENERIMA
-Pembelajaran
-teguran
-nasihat



percayalah semuanya akan lebih mudah...insyaAllah

Hayati sabda Nabi SAW:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ

Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat”.(HR.Muslim No 2699)


Kursus Kepimpinan Pengawas SMKB

Unit Disiplin dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Belawai telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas 2009 pada 17 – 18 Januari 2009. Seramai 49 orang pengawas yang baru dilantik bagi sesi 2009 telah pun mengikuti kursus Pengawas ini yang bertempat di Dewan Barong, SMK Belawai. Kem selama 2 hari ini telah memberikan pengetahuan dan pengalaman baru kepada para pelajar.Sejajar dengan objektif kursus iaitu memberi pendedahan kepada peserta mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai pengawas. Disamping meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan dalam mengendalikan kes-kes disiplin.
Terima kasih kepada semua guru kerana telah memberikan kerjasama dan menjadikan kursus ini berjalan dengan lancar.Harapannya semoga apa yang diperolehi daripada kem ini akan dipraktikkan oleh para pengawas dalam menjalankan tugas nanti..insyaAllah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS