Wednesday, February 25

Tanpa ku Sedari..

Hari ini merupakan hari paling sibukku, walaupun penat sempat lagi aku berchat dengan abi.Dah lama benar aku tak berborak dengan abi rindunya ngan abi,ummi dan adik-adik semua. Agaknya adik-adik dah semakin dewasa, erm begitu cepat masa berlalu. Aku pun dah masuk tahun ke dua di daerah Belawai nie. Semakin lama hatiku semakin menyukai daerah ini tapi tak bermakna aku melupakan tanah kelahiran ku.Bak kata perpatah " hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik berbakti di tempat sendiri". InsyaAllah jika ada rezeki aku akan kembali buah hatiku ada di Limbang. Setiap malam aku akan hubungi mama papa tetapi rindu ini masih tak mampu ku tawan. Sabarlah hati.

Seperti biasa perbualan aku dengan abi lebih berkisar tentang peranan sebagai muslimah. Walaupun aku berasa kadang-kadang harapan dan visi abi terlalu tinggi terhadap diri ini dan rakan-rakan akhwat yang lain.Aku sedar diri ini masih cetek lagi pengetahuan tentang agama ISLAM cuma yang ada dalam diriku hanyalah sekelumit semangat yang kadang-kadang ada pasang surutnya dalam menyebarkan agama yang suci ini. Aku tak mahu menjadi ribuan buih-buih yang ada dilautan,perumpamaan yang selalu abi gunakan dahulu dalam usrahnya.InsyaAllah aku berusaha menjadi wardah yang hidup subur di taman-taman jannah.Bisa menebarkan harumannya ke seluruh alam namun dalam masa yang sama mampu melukai sesiapa sahaja dengan durinya.Itulah kelebihan wardah@ bunga mawar yang diciptakan oleh penciptaNya.

Dengan sokongan yang diberikan aku berusaha juga mewujudkan usrah alhamdulilah daripada 8 orang tahun lepas menjadi hampir 30 orang tahun ini. Alhamdulilah.Pelajar-pelajar terdiri daripada tingkatan 5,4,3, dan 2.Walaupun perkongsian ilmu ini lebih kepada asas-asas sahaja yang kadang-kadang kita pandang ringan namun masih ada yang tak mengetahuinya.Walaupun hanya 1 jam dalam seminggu cukup memberikan kesan kepada pelajar yang benar-benar ingin belajar,syukran.

Sekali lagi kupanjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Rabb kerana semakin ramai rakan-rakan ku datang menghulurkan bantuan, bersama-sama berkongsi ilmu yang ada kepada pelajar yang dahagakan ilmu (termasuk aku).Terima kasih kepada rakan-rakan kerana sudi meluangkan masa dan tenaga menjadi Naqib dan Naqibah. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa kalian.

Semoga kita bersama-sama memantapkan diri dan berusaha menimba ilmu.Sesungguhnya ilmu yang ada pada diri kita hanyalah setitik daripada selautan ilmu pengetahuan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS