Sunday, March 1

DISIPLIN LAGI????

Pelajar di Mukah siar aksi buli di YouTube
• Ahad, 01 Mac 2009
• 4 Rabiulawal 1430

KUCHING: Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah di Mukah bertindak berani apabila merakam dan memasukkan aksi buli mereka ke atas seorang pelajar lain ke dalam YouTube.

Perbuatan itu mendapat liputan meluas media tempatan hari ini.

Di dalam klip video selama 3.05 minit itu, mangsa yang dikatakan pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah berasrama di Dalat, dilihat disepak, diterajang dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar lain yang masih berpakaian seragam sekolah, di dalam sebuah bilik asrama.

Walaupun mangsa kelihatan cuba merayu tidak diapa-apakan, beliau terus dibelasah tanpa belas kasihan.

Satu laporan menyebut keluarga mangsa yang berasal dari Kampung Penat, Oya, sudah membuat laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Dalat.

Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Dr Julaihi Bujang berkata kes itu turut dimaklumkan kepadanya oleh Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Mohmad Salleh.
"Ia teruk dan serius. Kita akan membuat siasatan dan tindakan tegas akan diambil. Saya sudah diberi kebenaran untuk bertindak tegas," kata Julaihi.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Dalat turut terkejut dengan kejadian itu dan mahu laporan lengkap mengenainya.

"Saya akan mendapat maklumat lebih lanjut daripada sekolah berkenaan," katanya.

Dua tahun lalu, masyarakat di Sarawak turut gempar dengan berita kematian seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik Bintulu, yang dipercayai dibuli oleh sekumpulan 18 pelajar sekolah terbabit di sebuah blok asrama. - Bernama







Tahap disiplin pelajar sekolah menurun
28/02/2009 3:31pm


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Kementerian Pelajaran tetap tidak berpuashati dengan tahap disiplin pelajar sekolah walaupun kes-kes membabitkan pelajar sekolah dilaporkan menurun sedikit pada tahun lalu berbanding tahun 2007.

Timbalan Menterinya, Datuk Wee Ka Siong berkata, sejak akhir-akhir ini, kes-kes disiplin pelajar dilihat semakin buruk dan berleluasa membabitkan pelbagai salah laku dan jenayah termasuk bunuh, pergaduhan berkumpulan, memukul rakan sebaya dan guru, rompak serta mencuri.

Sehubungan itu, beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Mengenai Disiplin di kementerian itu, akan memanggil satu mesyuarat dengan jabatan pendidikan negeri dan pihak berkuasa termasuk polis bagi mencari mekanisme mengawal dan mengekang masalah tersebut.

``Saya akan memanggil mesyuarat untuk mengemas kini peraturan sedia ada di samping mencari pendekatan bagi memantapkan lagi pengawasan dan kawalan masalah disiplin pelajar,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-33 Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, di sini hari ini.

- Utusan


Isu ini dah lama terjadi daripada buli di tempat sekolah hingga menular ke alam pekerjaan.Citer "Buli" dan "Buli Balik" adalah citer yang bukan utk hiburan tetapi ada mesej dalamnya kalo bagi sesiapa yang nak fikir2kannya.
kenapa ia terjadi? Sebenarnya kita semua ada jawapannya dlm sedar atau tidak. Ianya bermula daripada hati atau emosi.

Inilah kesannya apabila kita terlalu mementingkan pencapaian dalam akademik tetapi kita terlupa tentang psikologi (kejiwaan)individu. Kadang2 dia cemerlang ttp runtuh akhlaknya cth kes budak ipt menagih dadah. kadang2 dia cemerlang ttp lemah spritualnya(semangatnya) cth kes bunuh diri. kadang2 dia cemerlang ttp lemah emosinya, cthnya kes membunuh kerana perasaan cemburu. Apabila emosinya tidak stabil automatik pemikirannya menjadi tidak rasional menyebabkan dia bertindak di luar jangkaan seperti membuli.

Jadi kita kna la bkerjasama mencari jalan penyelesaian. Apa yg ditekankan ialah JERIS (Jasmani, Emosi, Intelek dan Sosial) hendaklah sihat. Seseorang yg budiman adalah individu yang berjaya mengawal amarahnya bukan dgn melampiaskan kemarahannya kepada orang lain. Jaga hati orang lain mcm jaga hati kita juga yerk....


pendek kata "Bukan mudah untuk memanusiakan manusia"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS