Tuesday, May 12

Apa itu Kaunseling....

Oleh : Asmawati Baharudin
PERGERTIAN KAUNSELING

Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:
• Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
• Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

Tuesday, May 5

LIRIK LAGU TERPILIH MINGGU INI....

Cinta Adam dan Hawa, terbit di syurga terang di jiwa
mengerakkan Nurani, mencari kasih suci
sehingga kita yang tertinggal saling damba
sentiasa rasa sunyi bersendiri

mana dia... kekasih hati?
mana dia... pujaanku yang sejati
dengarlah bisikan asmaraku

Cinta Adam dan Hawa, satu bersama, satu terpisah buat diriku tertanya-tanya
Cinta Adam dan Hawa satu harapan, satu sandaran, buat diriku rindukan dia.

Mana dia... kekasih hati?
Mana dia.... Pujaanku yang sejati dengarlah bisikan asmaraku,

Cinta Adam dan Hawa, satu bersama satu terpisah buat diriku tertanya-tanya

Kau yang aku puja kau yang aku cinta, kasihku di Firdausi....

Cinta Adam dan Hawa terbit di Syurga terang di Jiwa menjadi saksi impian murni
Cinta Adam dan Hawa satu bersama satu terpisah buat diriku tertanya-tanya,
Cinta Adam dan Hawa....

Sunday, May 3

27 hingga 30 April 2009 kursus kepimpinan Pengawas Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan Jemputan Antarabangsa 2009 di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang.Bertemakan PELAJAR PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA melibatkan peserta dari semenanjung,Sabah, Sarawak dan jemputan dari Banda Acheh, Indonesia dan Thailand.
Kontinjen Sarawak terdiri daripada 20 orang pelajar sekolah menengah dan rendah. Syukur kepadaNya antara banyak sekolah di Sarawak buat julung kalinya pelajar SMK Belawai terpilih. Semoga melalui pendedahan sebegini pelajar kita akan mendapat pengalaman baru, lebih terbuka dan lebih berkeyakinan untuk menjadi pemimpin pada suatu hari nanti.

Taniah kepada pelajar ini :
1) Nayah Anak Samat (4S)
2) Siti Nikmah bt Musa Bujang (4s)

Anda beruntung kerana terpilih daripada 750 orang pelajar mewakili sekolah!!!!


Kontinjen negeri Sarawak termasuklah pegawai dan guru pengiring di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bersama Cik Chong Choi Ling, Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.

hari pertama- SUAI KENAL/ICE BREKING
Eksplorasi Minda/ Jejak Warisan -antara tempat dijelajahi
Jambatan Pulau Pinang yang ketiga terpanjang di dunia iaitu 13.5km
Queen Victoria Clocktower
FORT CORNWALLIS

Pasembor.. sedapnya ermmmm..nak tahu kat mana? kat Kota Lama la

Nayah tengah mencari idea nak berpidato, salah satu aktiviti program

Bermesra dengan pelajar Acheh
Gambar kenang-kenangan di Lapangan Terbang KLIA
Inilah dia puteri-puteri harapan untuk berkongsi dengan pengawas SMK Belawai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS