Sunday, January 15

Semakan Online BR1M

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucer tunai, bermula Ahad ini. Pembayaran secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.-Panduan Semakan BR1MBaucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.Atau anda boleh mula menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my.
Insyallah anda akan dapat serta merta status permohonan anda.Sehingga Selasa lalu, sebanyak 4.12 juta borang BR1M diterima dari seluruh negara dan daripada jumlah itu, 3.1 juta diluluskan. Baki permohonan sedang diproses dan dijangka selesai esok.Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.-

RayuanBagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web http://www.treasury.gov.my/.

Thursday, January 12

Bersabarlah...

Salam Takziah kepada Tn. Pengetua yang baru sahaja kehilangan bapa mertuanya kelmarin. Bersabarlah dan tabah menghadapi dugaan hidup ini...
Semua kita akan kembali jua suatu hari nanti cuma bila dan dimana sahaja kita tak tau....
mari kita sama2 sedekahkan Al-fatihah.....
semoga dicucuri rahmat ke atas mereka.... aminnnnn

Monday, January 9

SBPA


Semua kecoh mengenai SBPA mengenai kenaikan gaji berbanding SSM termasuk lah aku sendiri. Tapi harap2 lah gaji naik harga barang pun tak naik...tak lah kesampaian hasrat hati aku nanti nak beli keta besar, rumah besar....yang besar2 hahahhahhaha
Sapa nak plan berjimat mcm aku nie , jom kita plan siap2 jadual gaji dah pun dikuarkan.

Jadual gaji 2012 boleh surf di http://www.anm.gov.my/public_html/pek/gaji2012.pdf

Hebatnya Facebook....

Pernah tak rasa apabila dah log in dalam facebook, tak terasa masa berlalu? Dari pagi sampai petang kadang-kadang sampai malam, tak puas2 chat. Semua nak dilaporkan kepada semua orang sampai citer2 tak sepatutnya pn nak dipost ke wall facebook. Apatah lagi kalo rasa tak puas hati abis semua disembur di wall fb.
Erm hebat sungguh "wall" @ dinding Fb yerk?semua kita boleh tau dengan membaca "wall" Fb. Dalam tak sedar sebenarnya kita mula terpengaruh dengan kepercayaan orang2 Yahudi. Betul ker????
Erm pernah tak dengar "DINDING RATAPAN"?
Apa kaitan dengan orang Yahudi?
"Dinding Ratapan" adalah dinding untuk orang Yahudi menangisi dosa² mereka, meluahkan harapan,ratapan & segala²nya.
Sekali lagi diingatkan pencipta Fb ini ialah Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.
So fikir2kan lah..... adakah semua yang kita luahkan dlm Fb tu sama dengan "dinding ratapan" versi "IT".
fikir-fikirkan sebelum menjadi semakin parah...kan bolat kan? heheh

S.A.B.A.R

"SABAR yang sebenar adalah sabar menghadapi kegagalan yang pertama dalam kehidupan "

Sunday, January 8

Desakan hati tak terungkap...

sumber pic dr internet..
Beratnya rasa ati untuk meluahkan yang tersirat di hati ini
namun hati terus mendesak
tak sanggup lg menangung desakan hati tak terungkap....
semua berlalu begitu pantas
sinar yang baru ku temui
namun gerimis di tengah hari
gelombang hidup terus membadai hati ini
apa yang diharap tak dapat digapai
ada sahaja halangan
adakah aku memang tak layak mendapatkannya
hina sangat kah aku??
adakah ini balasan bagi hati yang lalai mengingatMu
ampunilah hambamu ini
Izinkanlah ku mendapatkan redhaMu
usah dibiarkan ku terus dalam kekecewaan
andai disini aku blm temui
insyaAllah aku ingin mencari cinta sejati Mu
Izinkan ku menemui hakikat diri ini di depan KabaahMu

Tuesday, January 3

selamat datang 2012

wah...dah masuk tahun baru...azam pn nak baru lagi lerrr...(knon ler,rse mcm same jer hahah). Tp soalan yg diaju oleh mkcik2 nie tetap soalan sama...biler lg? biler lg?....aduh dot2...

Ari nie bz MOM T.1 utk 1 weeks....semangat tgok muka budak2 nie, bersungguh time di beri tugasan. Tp mcm biasa, kurang sporting ler...malu2 kucing la konon hahaha.
budak2..comel jer tgokkkk... T.1 tp size bdn rata2 mcm budak 5-6 thn. kcik2 jer tgok...
Semoga anak2 ini mampu memberi sinar kebahagian kepada kedua ibu bapa dan guru2 , berikanlah senyuman kepada kami semua....

ermmm mcm I ler, smile alwz ...hadapi dengan senyuman....br hidup lbh bermakna...kan2? fikir2kanlah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS