Wednesday, September 24

PANTUN RAYA....RAYA..KITA RAYA...

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sorry la Sabah n Sarawak SPECIAL...jauh nak kena naik belon baru boleh buat Pantun…

Tuesday, September 23

Renungkan

Aduhai 4 Orang Isteriku!
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami.. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Sunday, September 21

Nukilan Dari Seorang Sahabat....

PENDAYUNG SAMPAN


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat
kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.
Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam.
Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam
agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.


Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.
Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian
digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di
dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat
kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu
mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."


"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam
perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur
pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya
Professor itu.
"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu
dgn ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari
mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari
usia kamu."Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan.
Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan
kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usiakamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak

tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun.
Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?"Professor itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa
kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang
menuju ke pantai.



Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh

menjamin kehidupan.Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika taktahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanyaorang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjayadari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak
ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER"dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Usaha sempurna adalah kemenangan...

Sunday, September 14

Nukilan Dari Seorang Sahabat....

Sekadar setitis ilmu PENTING NI....!!!!!!

Menguap..... semua orang menguap termasuk juga saya. tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap.

Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut ....ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah. . kan manis gitu...

Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai...huargh. .....huh.. ..haaah; dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.

Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini setelah saya ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga Syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan ..? astarafilullah. .! begitu rupanya...lalainya saya..

Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyia tetapi ucapkanlah istirifar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan-
sukakah kita bila syaitan seronok? sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH subhanawataala dan menjauhkan fitnah syaitan....

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS